Selasa, 14 Disember 2010

Dunia Bisnes Orang Cina (3)


Dunia orang Cina adalah dalam bidang perniagaan. Mereka suka dan minat berniaga. Orang cina juga percaya dengan hanya berniaga, mereka boleh menjadi kaya dan meningkatkan taraf hidup. Berniaga boleh menjadikan mereka golongan yang dinamik. Dunia perniagaan tiada sempadan. Setiap orang boleh bergerak bebas didalamnya. Berniaga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, interaksi dan hubungan interpersonal. Orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Mereka juga tidak perlu takut hilang pekerjaan. Tidak ada benda yang harus mereka risaukan kecuali menjaga hati pelanggan dan memahami kehendak pasaran.
Orang Cina dan perniagaan sudah sebati serta menjadi suatu entiti yang tidak dapat dipisahkan. mereka yang berniaga, bekerja untuk diri sendiri. Ini lebih baik dari bekerja untuk orang lain. Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum dewasa. Mereka yang berniaga dianggap sudah matang dan sering menjadi tempat rujukan. Terdapat juga yang diangkat menjadi pemimpin masyarakat, persatuan dan parti politik. Dunia perniagaan menjanjikan banyak harapan dan peluang. Semuanya tersaji untuk mereka dan tidak ada sebab untuk dibiarkan begitu sahaja. Peniaga adalah golongan istimewa dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Mereka membentuk komuniti yang penting dalam masyarakat Cina, malah menjadi identiti, simbol dan imej kepada orang Cina.
Master: Sekiranya kerajinan kita sama seperti orang Barat, kita tidak akan dapat menyaingi mereka.

Dunia Bisnes Orang Cina (2)


Berniaga sama seperti belajar, ia adalah proses yang berterusan. Tidak ada istilah berhenti dan dihentikan. Hanya si peniaga itu yang dapat membuat keputusan berkenaan apa yang perlu dilakukannya. Tidak ada siapa pun yang dapat memberikan kata putus bagi diri kita. Peniaga yang mempunyai orientasi niaga yang jelas akan berusaha bagi memantapkan perniagaannya. Mereka tidak kisah jika terpaksa bekerja lebih kuat dan lebih lama berbanding orang lain. Mereka tidak mengendahkan kata-kata orang. Mereka cuma manusia biasa yang melakukan benda-benda yang luar biasa. Kemiskinan, kesusahan dan ketiadaan modal tidak sedikit pun menggugat usahanya.
Kebanyakan peniaga Cina berasal dari keluarga yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi. Ada diantara mereka merupakan golongan imigran yang datang dari China tanpa sebarang pengalaman berniaga. Mereka tidak mempunyai sanak saudara dan ada yang datang menggunakan tongkang dalam keadaan sehelai sepinggang. Ada yang buta huruf dan cacat anggota badan. Namun, itu semua bukan halangan untuk berjaya dan meraih kekayaan yang melimpah ruah dalam bidang perniagaan. Jauh disudut hati mereka berazam untuk mengubah nasib dan masa depan. Mereka lebih rela hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Mereka meletakkan orientasi bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang serta menjadi terbilang dalam dunia yang diceburi.

Master: Persepsi orang Cina dalam perniagaan adalah positif. Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

Dunia Bisnes Orang Cina (1)


Tokoh konglomerat Korea Selatan, Kim Woo-Choong pernah mengatakan, sekiranya kerajinan kita sama dengan orang Barat, kita tidak akan dapat menyaingi mereka. Jika kita mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin. Inilah resepi yang diamalkan oleh kebanyakan tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya. Mereka berjaya hasil daripada usaha mereka yang bersungguh-sungguh. Kejayaan dan kekayaan yang mereka kecapi tidak datang dalam sekelip mata. Sebahagian besar daripada mereka memulakan usaha berniaga tanpa berbekalkan apa-apa melainkan semangat, keyakinan dan usaha yang tidak mengenal erti jemu.
Mereka yang sudah berjaya didapati masih bekerja kuat. Mereka bangun dan bekerja seawal pagi dan hanya masuk tidur menjelang tengah malam. Bilangan jam masa bekerja mengatasi bilangan kerja orang lain. Jika pekerja biasa bekerja antara 8 hingga 10 jam, mereka pula bekerja antara 16 hingga 18 jam sehari. Mereka bukan gila kerja. Tetapi kuat bekerja. Mereka mempunyai keghirahan yang tinggi terhadap pekerjaan. Seluruh usaha, tenaga dan tumpuan diberikan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Mereka tidak pernah lari dan menyimpang dari fokus. Mereka juga tidak berhenti apabila berjaya mencapai matlamat kerana perjalanan dalam perniagaan terlalu jauh. Selepas satu destinasi, destinasi lain akan menunggu.
Master: Jika mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin.

Pembukaan Restoran Taj Point China Town

















Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Restoran Taj Point kerana membuka sebuah cawangan di China Town, Kuantan, Pahang. Majlis pembukaan telah dilaksanakan pada 8 Disember 2010, tepat jam 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan Yaasin. Kemudian disajikan dengan makanan kegemaran ramai, iaitu Nasi Beriyani. Konsep restoran ini diberi nafas baru dengan menonjolkan konsep moden kontemporari yang amat menyenangkan & menyamankan pelanggan. Kami difahamkan bahawa konsep ini nanti akan digunapakaikan di setiap cawangan Restoran Taj Point.

Master: Lokasi yang strategik & konsep moden kontemporari adalah tarikan utama restoran ini selain daripada variasi menu yang disajikan.

Isnin, 6 Disember 2010

Sejarah Bisnes Orang Cina (4)


Orang Cina sentiasa berpandangan jauh dan mereka tidak akan membiarkan keadaan menjadi statik. Perniagaan orang Cina sentiasa berkembang. Meraka cepat dan cekap mendakap peluang niaga yang baru. Untuk berkembang, orang itu perlu berhijrah bukan sahaja secara fizikal tetapi juga mental, jiwa dan pendekatan. Kesediaan seseorang itu berubah adalah kunci utama kejayaannya.
Sejarah niaga orang Cina menunjukkan banyak perubahan besar dan mendesak. Bandingkan sejarah awal kedatangan orang Cina ke Malaysia dengan kedudukan orang Cina dewasa ini. Kita akan dapati, antara generasi pertama yang mula-mula datang dengan generasi yang seterusnya memperlihatkan perbezaan yang cukup besar. Di sebalik perbezaan itu, mereka mempunyai satu persamaan iaitu semangat sebagai mekanisme bagi mengukuhkan ekonomi peribadi, keluarga, komuniti dan sebagainya.
Master: Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan. Daripada bidang inilah orang Cina memperoleh pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi pelbagai karenah manusia.

Sejarah Bisnes Orang Cina (3)


Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan. Daripada bidang perniagaan inilah orang Cina memperoleh pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi pelbagai karenah manusia. Mereka belajar mengendalikan pelanggan dan perhubungan awam secara praktikal. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, berunding dan mengurus yang semuanya diperolehi secara tidak formal. Sebab itulah, perniagaan orang Cina tidak melibatkan banyak formaliti dan karenah birokrasi. Mereka berusaha jadikan urusniaga itu semudah yang mungkin. Orang Cina tidak suka meremehkan suatu pekerjaan. Jika dapat, ia perlu diselesaikan dengan cepat tanpa banyak soal bicara.

Orang Cina sentiasa mencari peluang. Apabila mereka mendapati peluang memperkembangkan perniagaannya semakin terbatas, maka mereka akan mencari peluang di negara lain. Mereka akan menerokai pasaran baru asalkan mereka mudah mencari makan. Sikap suka berhijrah orang Cina tidak seharusnya dijadikan hujah mengatakan orang Cina tidak setia pada negara. Mereka berhijrah kerana faktor ekonomi seperti mana peringkat awal kedatangan mereka ke Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan sebagainya. Tindakan orang Cina meninggalkan Malaysia pada pertengahan tahun 1980-an semasa berlakunya kemelesetan ekonomi yang serius menyebabkan kesetiaan orang Cina dipertikai.

Tindakan itu dianggap sebagai tidak petriotik. Bagi orang Cina, mereka berbuat demikian bukan kerana tidak cintakan negara. Tetapi kerana mereka perlu meneruskan hidup dan terus melangkah ke hadapan. Mereka berpindah ke Australia, Kanada, Amerika dan Eropah dengan meninggalkan keluarga masing-masing. Apa yang mereka lakukan adalah mengulangi proses kedatangan nenek moyang mereka ke Tanah Melayu. Evolusi sejarah ini akan terus berlaku bagi memenuhi tuntutan putaran ekonomi dunia yang sentiasa berubah. Orang Cina adalah bangsa yang paling flexible, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa sahaja keadaan. Mereka akan dapat hidup dan mencari makan walau dimana sahaja mereka berada. Ini salah satu kepandaian dan kemahiran orang Cina.
Master: Perniagaan orang Cina tidak banyak karenah birokrasi dan formaliti. Mereka berusaha menjadikan urusniaga itu semudah yang mungkin

Sejarah Bisnes Orang Cina (2)

Orang Cina menguasai seluruh ruang lingkup perniagaan daripada perniagaan yang berskala kecil sehingga kepada penguasaan syarikat yang bertaraf konglomerat. Sejarah yang dilalui oleh orang cina untuk menjadi peniaga yang berjaya penuh dengan seribu satu liku. Mereka datang ke Asia Tenggara dibawa oleh penjajah British dan Belanda supaya bekerja di lombong dan ladang-ladang. Kedatangan orang Cina membawa banyak perubahan kepada struktur, sistem dan senario ekonomi di rantau ini. Pada awalnya, mereka datang sekadar hendak mencari makan dan selepas itu akan pulang ke negara asal dan kampung halamannya. Orang Cina datang tanpa membawa keluarga. Tujuan mereka adalah mencari dan mengumpul duit. Dengan wang yang diperolehi itu, mereka berharap dapat menampung keluarga.

Mereka berhijrah kerana terpengaruh dengan cerita yang mengatakan betapa mudahnya mencari duit di Asia Tenggara. Rantau ini ibarat lombong emas yang dapat menjadikan seseorang itu kaya-raya. Apa yang diperlukan adalah tenaga empat kerat, kerja kuat dan rajin berusaha. Apabila mereka sampai ke sini, segala gambaran yang diperoleh hanyalah indah khabar dari rupa. Kehidupan di rantau orang tidak mudah dan sesetengahnya terpaksa bekerja sebagai kuli sepanjang hayatnya. Pendapatan yang mereka perolehi amat sedikit tidak sejajar dengan bebanan kerja yang mereka lakukan.

Namun keadaan ini lebih baik daripada mati kelaparan di negara asalnya. Di sini mereka boleh makan kenyang. Asalkan rajin, mereka tidak akan kebuluran. Kesusahan yang didiami itu akhirnya membantu orang Cina berjaya dalam perniagaan. Mereka sudah biasa berhadapan dengan situasi yang sukar dan sebarang bentuk masalah yang dihadapinya dalam perniagaan tidak sedikit pun menggugat dan mengganggunya.
Master: Jika dahulu bapanya berniaga air di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin.

Sejarah Bisnes Orang Cina (1)


Semasa negara kita mencapai kemerdekaan, identiti kaum dibuat berdasarkan bidang pekerjaan yang diceburi. Orang Melayu dikaitkan dengan sektor pertanian dan bekerja sebagai petani. Orang cina pula berniaga dan mendiami kawasan bandar. Orang India tinggal di estet dan bekerja dalam sektor perladangan. Selepas hampir lima dekad negara merdeka, identiti kaum berdasarkan sektor pekerjaan mula hilang. Semakin ramai orang Melayu dan India menceburi bidang perniagaan. Manakala di kalangan orang Cina, perniagaan terus menjadi teras kepada pekerjaan utama mereka.

DEB yang diperkenalkan pada awal tahun 1970-an berjaya melahirkan sejumlah usahawan, ahli perniagaan dan tokoh korporat di kalangan penduduk bumiputera sama ada yang beragama Islam ataupun tidak. Sekaligus membuktikan betapa perniagaan adalah bidang yang boleh dipelajari dan tidak semestinya dimonopoli oleh mana-mana kaum. Namun begitu, usaha bagi memecahkan penguasaan orang Cina dalam bidang ekonomi masih tidak dapat dilakukan sehingga kini. Ini kerana, hubungan perniagaan orang Cina begitu rapat sekali sehingga tidak dapat dipisahkan apabila kita bercakap berkenaan kaum itu.
Master: Sejarah yang dilalui oleh orang Cina untuk menjadi peniaga yang berjaya penuh dengan seribu satu liku

Jumaat, 26 November 2010

TAKLIMAT FRANCAIS KEPADA BAKAL FRANCAISOR
















Pada 11 Nov 2010, jam 10 pagi bertempat di ibu pejabat pasaraya Terus Maju telah berlangsung Taklimat Francais kepada bakal-bakal francaisor negeri Pahang. Lebih kurang 6 bakal francaisor telah menghadiri taklimat percuma tersebut. En Shamsudin dari PNS cawangan Pantai Timur telah memberi pendedahan tentang industri francais di Malaysia. Manakala En Halmi dari Francais Partner Consultancy Sdn Bhd pula memberi spesifikasi tentang francaisor.
Master: semoga taklimat francais ini membuka minda bakal-bakal francaisor untuk mengfrancaiskan perniagaan mereka

EXPO BELI BARANGAN M'SIA & FRANCAIS , KUANTAN



















Bermula pada 4 Nov-7 Nov 2010, telah berlangsung Ekspo Beli Barangan Malaysia dan Peluang Perniagaan Francais Zon Timur 2010 di ECM, Kuantan. Majlis Penutupan dilakukan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri KPDNKK.
Menurut beliau, usahawan memainkan peranan penting untuk menyakinkan pengguna supaya memilih produk buatan mereka dengan menjaga dan meningkatkan kualiti barangan dari masa ke semasa. Usahawan diingatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kempen dan bantuan kerajaan semata-mata. Usahawan juga perlulah dari masa ke semasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk yang unik dari aspek kualiti, inovasi dan nilai estetik.
Tambahan beliau lagi, francais di Malaysia di lindungi akta francais dan sistem francais dilindungi dan dibangunkan oleh kementerian. Oleh itu, perniagaan francais di Malaysia diberi bantuan oleh kerajaan, mempunyai konsep perniagaan dan polisi yang sistematik.
Master: Di harap agar kerajaan terus memberi bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu & Bumiputera


Selasa, 19 Oktober 2010

TAKLIMAT PUNB@DEWAN PUSMA, MARA KTN
















Syabas diucapkan kepada PUNB, MARA, GIATMARA, Kraftangan Malaysia dan para usahawan kerana hadir memeriahkan Taklimat PUNB pada 14 Oktober 2010 yang lepas. Dewan PUSMA MARA Kuantan yang hanya berkapasiti 60 orang telah gegar dengan kehadiran usahawan seramai lebih 80 orang. Sebanyak 20 kerusi terpaksa di tambah dan selebihnya terpaksa berdiri. Namun, suasana ini tidak mematahkan semangat usahawan yang berminat memohon pinjaman PUNB. Diharap PUNB akan terus komited membantu usahawan sehingga cemerlang.
Master: Usahawan dinasihatkan agar tidak memusnahkan institusi-institusi yang membantu mereka.

Ahad, 10 Oktober 2010

Kepentingan Rancangan Perniagaan (RP)

Ramai yang beranggapan bahawa Rancangan Perniagaan (RP) disediakan untuk memohon pinjaman. Namun kepentingan RP bukan hanya bertujuan untuk memohon pinjaman. RP mempunyai kepentingan seperti berikut:
  • Membantu kita berfikir dengan lebih mendalam dan sistematik
  • Menunjukkan komitmen terhadap perniagaan
  • Membantu menarik minat pelabur, pembekal dan pekerja terhadap perniagaan
  • Sebagai panduan mencapai objektif perniagaan dan aras ukuran pencapaian perniagaan
  • Memudahkan pekerja memahami bidang pekerjaan mereka dan mereka boleh mengintai peluang kenaikan pangkat dalam perniagaan
  • Membantu kita fokus terhadap misi perniagaan, mengurangkan kita membazirkan masa dan waktu melakukan perkara yang kurang penting.
  • Apabila memohon pinjaman, RP membantu:
  1. Mengenalpasti sekiranya kita mampu memulakan / menguruskan perniagaan
  2. Mengenalpasti keupayaan kita membayarbalik pinjaman
  3. Memahami hala tuju perniagaan
  4. Mengetahui latar belakang perniagaan, pekerja dan pihak pengurusan
  5. Menilai prospek pencapaian perniagaan samada mampu untuk maju dan bertahan di masa akan datang

Master: Jadikan RP sebagai garis panduan untuk mengemudi perniagaan ke kedudukan yang cemerlang. Lebih jelas rancangan perniagaan anda, maka lebih mudah untuk anda mengemudi perniagaan anda.

Rancangan Perniagaan (RP)

RP adalah dokumen yang menceritakan tentang rancangan, idea dan hala tuju serta bagaimana mengendalikan perniagaan. Rancangan-rancangan ini terbahagi kepada elemen-elemen berikut:

  • Muka surat hadapan
  • Isi kandungan
  • Ringkasan eksekutif
  • Latarbelakang Perniagaan
  • Rancangan Pengurusan
  • Rancangan Operasi
  • Analisis Industri dan Pasaran
  • Analisis Pesaing
  • Rancangan / Strategi Pemasaran
  • Rancangan Kewangan
  • Kesimpulan / Penutup
  • Lampiran

Master: RP patut diteliti setiap bulan dan dikemaskini setiap tahun. Segala perancangan dan idea dikemaskini mengikut visi, misi dan objektif perniagaan. Seeloknya RP ini dibincangkan dan diteliti bersama-sama dengan pekerja anda.

Sabtu, 18 September 2010

Tips Kepimpinan

  1. Hargai dan hormati orang bawahan anda
  2. Jangan kritik orang bawahan anda
  3. Jangan beri arahan yang boleh menyinggung perasaan
  4. Jangan memalukan orang bawahan anda
  5. Sekali-sekala perlu juga memuji orang bawahan anda
  6. Beri peluang kepada orang bawahan anda kemukakan idea
  7. Sentiasa beri galakan, sokongan dan semangat kepada orang bawahan anda
  8. Pastikan orang bawahan anda menjalankan tugas dengan gembira

Master: Anggap orang bawahan anda sebagai ahli keluarga anda

Membuat keputusan bersama

  1. Elakkan daripada bergaduh
  2. Hormati orang sekeliling
  3. Jika anda silap, mengaku kesilapan anda
  4. Mulakan perbincangan dengan ramah
  5. Cuba buat orang sekeliling setuju dengan pendapat anda. Awas! jangan memaksa
  6. Galakkan orang sekeliling meluahkan pendapat
  7. Hormati dan hargai idea yang diberikan oleh orang sekeliling anda
  8. Cuba berfikir dan melihat pada sudut pendangan orang sekeliling anda tentang idea yang diberikan
  9. Cuba fahami tentang idea tersebut
  10. Membuat keputusan dan perancangan untuk merealisasikan idea
  11. Realisasikan idea tersebut
  12. Tabah hadapi segala cabaran dalam merealisasikan idea tersebut

Master: Membuat keputusan bersama lebih baik dari keputusan solo

Membuat orang sekeliling sukakan anda

  1. Hormati orang sekeliling anda
  2. Senyum
  3. Ingat nama orang sekeliling anda
  4. Jadi pendengar yang setia
  5. Bercakap tentang perkara yang diminati
  6. Pastikan orang sekeliling berasa dirinya penting buat anda

Master: Berkawan biar berjuta. berkasih biar satu... musuh jangan dicari

Khamis, 16 September 2010

Total Formula, francaisi Smart Reader Kids








Tahniah kepada Encik Tajuddin (pemilik Rastoran Taj) di atas kejayaan melebarkan empayar perniagaannya. Beliau berjaya menubuhkan francais Smart Reader Kids di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Master : Sentiasa memikirkan strategi untuk melebarkan perniagaan. Menjadi francaisi adalah salah satu strategi yang bijak

HAKIMAH BAKERY : Kuih Pilihan Ramai
















Sempena bulan Ramadhan dan musim perayaan, biasanya perniagaan kuih-muih mendapat sambutan hangat. Hakimah Bakery telah mengusahakan perniagaan berunsurkan kuih-muih tradisional dan moden sejak lebih 20 tahun. Perniagaannya bertambah maju apabila dipilih menjadi usahawan bimbingan FAMA. Selain bantuan FAMA, Hakimah Bakery turut mendapat bantuan dari MARA, SME Bank, Bank Rakyat, Persatuan Belia dan PUNB. Pada musim perayaan, jualan Hakimah Bakery melonjak lebih 2 kali ganda. Formulanya, Hakimah Bakery tidak pernah berputus asa, sentiasa menghasilkan produk-produk baru dan menjaga hati pelanggannya.
Master: Sentiasa berusaha... berusaha... dan terus berusaha hingga berjaya kalau hendak menjadi pengusaha berjaya!

Rabu, 4 Ogos 2010

Taj: Happy Birthday Boss!






















Selamat Hari Lahir yang ke 40++ kepada En Tajuddin. En Tajuddin merupakan pemilik dan pengasas rangkaian restoran ala mamak yang terbanyak di Kuantan. Rangkaian restoran Taj kuasai lebih 40% syer pasaran restoran di Kuantan. Rangkaian restorannya terdiri daripada:
  • Restoran Taj Point (6 cawangan)
  • Restoran Taj Baru
  • Restoran Taj Makmur
  • Restoran Taj Maju

Kejayaan restoran-restoran ini terletak pada 5 prinsip iaitu:

  1. Makanan yang enak
  2. Harga berpatutan
  3. Tempat yang bersih
  4. Layanan yang baik
  5. Hiasan dalaman yang menarik

Master: Secara kasar, prinsip kejayaan Restoran Taj berasaskan kepada teknik pemasaran 4P iaitu: Product (produk/perkhidmatan), Price (Harga), Place (Tempat) dan Promotion (Promosi)

Kenapa Francais/bisnes Gagal?



Kegagalan sesuatu francais/bisnes boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:


  • Lokasi yang teruk: untuk francais/bisnes yang memerlukan pelanggan keluar-masuk (walk-in customer), lokasi adalah amat penting. Cari lokasi yang menjadi trafik dan tumpuan orang ramai. Buat kajian lokasi terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian premis

  • Kegagalan francaisi/pemilik: Kebanyakan francaisi/pemilik gagal untuk mengikut konsep francais/tidak ada konsep bisnes serta tidak ada kesungguhan untuk berjaya. Francaisi/pemilik menganggap bahawa kerja keras tidak penting untuk berjaya

  • Persaingan senggit: Banyak bisnes francais/perniagaan yang baru mengalami masalah untuk bersaing di pasaran. Oleh itu, fikirkan strategi pemasaran yang effektif untuk menarik pelanggan

  • Francais/perniagaan ikutan: Ramai yang menggambil sesuatu konsep francais/ menceburi sesuatu bidang perniagaan kerana trend. Oleh kerana terlalu ramai yang menjalankan francais/perniagaan yang sama, maka saingan menjadi semakin senggit. Akibatnya, perniagaan gagal.

  • Tidak cukup dana: Ramai francaisi/pemilik tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk modal pusingan kerana banyak dana dihabiskan untuk memulakan perniagaan.

Master: lakukan siasatan, kajian dan penyelidikan terlebih dahulu terhadap bisnes/francais yang ingin diceburi. Paling elok, buat rancangan perniagaan terlebih dahulu. Boleh juga dapatkan nasihat dari konsultan atau agensi-agensi yang berkaitan sebelum membuat keputusan. (contoh: PNS- www.pns.gov.my & MFA- www.mfa.org.my)

Selasa, 3 Ogos 2010

Konsep Asas Francais


Fahami konsep asas francais berikut untuk menjaga hubungan baik antara francaisor dan francaisi.



  1. Sebuah syarikat mencipta methodologi, teknik @ produk yang berinovasi, cemerlang, berdaya saing dan diminati di pasaran. Ciptaan ini memberi keuntungan yang banyak kepada bisnesnya.

  2. Syarikat itu kemudian menseragamkan methodologi, teknik @ produk di setiap cawangannya dan melindungi ciptaannya dengan Akta Hak Cipta (trade mark)

  3. Kemudian, syarikat menyediakan perjanjian francais, manual operasi, manual latihan, Dokumen Penzahiran dan mematuhi Akta Francais dan memenuhi kriteria yang disenaraikan oleh ROF (Registra of Franchise-Penubuhan Francais). Syarikat perlu berdaftar dengan ROF.

  4. Orang awam yang berminat, membeli hak-hak francais tersebut dan dia dikenali sebagai francaisi. Syarikat tersebut pula dikenali sebagai francaisor.

  5. Francaisor kemudian wajib memberi beberapa kemudahan yang dipersetujui dalam perjanjian francais dan dokumen penzahiran kepada francaisi. Antaranya ialah latihan, kajian dan penyelidikan pasaran, kemudahan kewangan, kemudahan iklan dan promosi dan lain-lain lagi

  6. Francaisi pula membayar yuran-yuran, membeli bahan-bahan dari francaisor, membayar royalti kepada francaisor, menjalankan perniagaan seperti francaisor serta lain-lain obligasi yang dipersetujui dalam perjanjian francais dan dokumen penzahiran.

Master: Baca dan fahami dengan mendalam setiap kandungan dalam perjanjian francais dan dokumen penzahiran sebelum menjadi francaisi.

Francais: Membeli Pengalaman


Francais adalah cara dimana kita memulakan perniagaan dengan menggunakan pengalaman dan latihan yang disediakan oleh francaisor. Contoh francais ialah McDonalds dan 7Eleven. Kebiasaannya, proses francais adalah seperti berikut:


  1. Anda tentukan jenis bisnes yang anda inginkan

  2. Kenalpasti idea bisnes yang sesuai dengan anda

  3. Mencari francaisor yang mempunyai konsep perniagaan yang baik serta melahirkan francaisi yang berjaya (sekurang-kurangnya 5 francaisi berjaya)

  4. Membeli hak francais untuk menjadi francaisi berdasarkan prosedur, perjanjian francais serta beberapa bayaran permulaan seperti yuran francais.

Francais membantu anda mengurangkan risiko mencuba nasib dalam memulakan perniagaan. Francaisor yang berjaya amat mengetahui selok-belok perniagaannya dan membantu anda untuk berjaya.


Francais: perniagaan yang mencipta operasi dan konsep perniagaan yang berjaya dan menjual hak-hak tersebut ke kawasan-kawasan yang tertentu.


Francaisi: pembeli hak-hak francais


Francaisor: penjual hak-hak francais


Master: cari francaisor yang boleh membantu anda dalam selok-belok perniagaan. Terlalu banyak kes berlaku dimana francaisor 'lepas tangan' setelah francaisi membayar segala keperluan yang diminta oleh francaisor. Ada juga francaisor yang tidak membantu francaisi ketika francaisi mengalami masalah dalam perniagaan. Akibatnya, francaisi mengalami kerugian, kegagalan dalam perniagaan dan ada yang bankrupt jika tak dapat membayar hutang. Tetapi, francaisor mendapat keuntungan berganda!

GIATMARA: Seminar Pembangunan Francais Tempatan


















GIATMARA adalah agensi yang membantu membangunkan usahawan Melayu dan Bumiputra di Malaysia. Pada 13 Julai 2010 yang lepas, UnimasterConsultant dan PNS serta SMECorp telah menganjurkan seminar Pembangunan Francais Tempatan dan Pembiayaan usahawan. Tujuan seminar ini adalah untuk mengenalpasti usahawan-usahawan GIATMARA yang berpotensi untuk difrancaiskan.

Berikut adalah perniagaan-perniagaan yang dikenalpasti berpotensi untuk difrancaiskan:

  1. Maju Teguh Berkat Sdn Bhd
  2. V.V Jahit
  3. S Maza Collection
  4. CAL Auto Spray
  5. ZMZ Automotive Services
  6. Yinie Collection
  7. AZ Electrical & Services
  8. Rosmawani Binti Ismail
  9. Kamila Enterprise

Master: Tahniah kepada perniagaan yang terpilih. Untuk makluman, senarai ini masih belum 'finalize' lagi. Kami perlu mendapat mandat dari GIATMARA Malaysia dan panel Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Produk terlebih dahulu sebelum melaksanakan fasa pra-pembangunan francaisor.