Khamis, 22 Julai 2010

Siapakah Usahawan yang Berjaya?


Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang:


  • berkeupayaan untuk maju ke hadapan walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko gagal

  • berani melakukan langkah awal ketika orang lain takut untuk bertindak

  • mempunyai motivasi diri yang tinggi

  • berani membuat perubahan akibat dari faktor persekitaran yang di luar jangkaan

  • berkeupayaan untuk bersaing dan memenuhi cabaran dalam perniagaan

  • membuat perancangan untuk berjaya dan pandai mengurus kewangan

  • percaya kepada idea-idea dan strategi-strategi yang dibuat dan merealisasikan idea dan strategi tersebut

  • berkeupayaan untuk menjual produk/perkhidmatan kepada pelanggan memenuhi keinginan pelanggan

  • cepat memahami situasi dan bertindak dengan proaktif terhadap situasi tersebut

  • tidak pernah putus asa dan tidak takut bankrupt

  • sentiasa menjaga imej perniagaan

master: sentiasa kata pada diri 'SAYA USAHAWAN BERJAYA!'

Client Pilihan: Dato' Chin Tham Chui @ Chan Ching Swee

Dato' Chin adalah pengarah urusan kepada Tunas Manja Group of Company. Sehingga kini, Tunas Manja Group of Company mempunyai 12 anak syarikat yang menghasilkan jualan jutaan dan berbillion RM setahun. Kesemua syarikat-syarikat ini berpangkalan di Pahang. Berikut adalah senarai anak syarikat Tunas Manja Group of Company:
  • Tunas Manja Capital Sdn Bhd
  • Tunas Manja Group Management Sdn Bhd
  • Tunas Manja Development & Construction Sdn Bhd
  • Tunas Manja Realty Sdn Bhd
  • Tunas Manja Properties Sdn Bhd
  • Nilai Jaya Sdn Bhd
  • Kuantan Native and Marine Products Sdn Bhd
  • Chin Mau Import & Export Sdn Bhd
  • Tunas Agro Intergrated Firm Sdn Bhd
  • Tunas Edar Sdn Bhd
  • Amcee Food Industry Sdn Bhd
  • Rangkaian Pasaraya Tunas Manja (28 outlet)

Ingin tahu rahsia kejayaan Dato Chin? Sila baca artikel 'Adakah Anda Salah Seorang Dari Mereka?'. (baca comment Master yang berwarna biru)

Master: Contohi kejayaan Dato' Chin dan lakukan dengan lebih baik lagi. Sebenarnya, ramai lagi tokoh korporat dan usahawan yang berjaya seperti Dato' Chin yang boleh dicontohi.

Khamis, 15 Julai 2010

Adakah Anda Salah Seorang Dari Mereka ?

  1. Ramai usahawan memulakan perniagaan dengan membuka pelbagai jenis cabang perniagaan. Akibatnya, mereka tidak dapat fokus pada satu bidang perniagaan. Akhirnya mereka gagal.master: fokus dalam satu bidang perniagaan dahulu
  2. Ramai usahawan gagal menguruskan perniagaan akibat dari karenah birokrasi perniagaan dan ekonomi semasa.master: sentiasa berwaspada dengan birokrasi perniagaan dan ekonomi semasa
  3. Ramai usahawan bersantai apabila perniagaan mereka maju sehingga lupa akan tanggungjawab untuk mencari peluang kembangkan perniagaan. master: sentiasa cari peluang kembangkan perniagaan terutamanya ketika perniagaan maju
  4. Ramai usahawan tidak percaya kepada pekerja mereka. Ada juga yang melantik sanak-saudara dan ahli keluarga untuk menjaga dan mengurus perniagaan. Untuk jangkamasa yang panjang, tindakan ini boleh menyekat segala peluang mengembangkan perniagaan. master: jaga pekerja anda supaya pekerja anda menjaga perniagaan anda
  5. Ramai usahawan lebih cenderung menghabiskan masa untuk menguruskan perniagaan berbanding dengan keluarga. master: kena pandai bahagi masa antara bisnes dan keluarga
  6. Ramai yang complaint tentang masalah yang mereka hadapi tetapi tidak menyelesaikan masalah tersebut sehingga ada masalah yang sama berulang lagi di masa hadapan. master: jangan complaint. selesaikan masalah anda
  7. Banyak perniagaan mendapat hasil yang 'lebih kurang'. Terlalu sedikit perniagaan yang mendapat hasil seperti Bill Gates. master: fikirkan strategi untuk mendapatkan hasil yang lumayan
  8. Ramai usahawan tidak terapkan budaya kerja yang berdisiplin dan komitmen dalam menghasilkan produk/perkhidmatan berkualiti. master: kualiti adalah kepuasan pelanggan
  9. Ramai usahawan berniaga kerana ingin menyara kehidupan sendiri dan keluarga. Tetapi tidak ramai yang berniaga untuk membantu orang lain. master: berniaga untuk membantu orang lain adalah lebih afdal dan mulia di sisi Allah
  10. Ada juga usahawan yang berniaga beberapa tahun, tetapi akhirnya memilih untuk bekerja makan gaji. master: tiada sesiapapun yang boleh kerja makan gaji seumur hidup
  11. Ada usahawan tersilap membuat pelaburan. Akibatnya, mereka menanggung kerugian, malah ada yang bankrupt. master: melabur dalam hartanah yang 'ringkas' di lokasi yang 'mahal'
  12. Ada usahawan yang gagal kerana tiada ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi bodoh sombong. master: ilmu, kemahiran dan sikap adalah kunci kejayaan
  13. Majoriti usahawan hari ini adalah wanita. master: kaum lelaki jangan tunduk pada wanita!

    Jika anda memenuhi kebanyakan kriteria di atas, maka banyak yang perlu anda perbaiki untuk berjaya sebagai seorang usahawan. Masih belum terlambat untuk anda baiki diri dan perniagaan anda!

Perniagaan Anda Bermula Dari Anda


Perniagaan anda adalah milik anda. Anda membuat setiap keputusan perniagaan anda. Sebagai pemilik, anda menentukan etika kerja di perniagaan anda. Anda turut menentukan kualiti produk dan perkhidmatan perniagaan anda. Anda jugalah yang menentukan nilai standard perniagaan anda.

Anda mencipta reputasi perniagaan anda di mata pelanggan dan masyarakat. Anda juga menentukan standard operasi perniagaan anda. Ciptalah keunikan dan keistimewaan pada setiap sudut perniagaan anda terutamanya produk dan perkhidmatan anda. Keunikan dan keistimewaan ini haruslah memberi pulangan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga mempunyai kriteria yang luar biasa yang boleh dibanggakan dan diterima masyarakat.

Pada peringkat awal, mulakan perniagaan anda dengan sumber-sumber yang terhad dan seadanya. Dokumenkan rancangan perniagaan anda setiap tahun agar perniagaan anda berada di landasan yang anda rancangkan. Awasi aliran wang tunai anda. Pasti akhirnya anda berjaya!

master: keputusan yang bijak adalah melawati laman blog ini selalu