Rabu, 4 Ogos 2010

Taj: Happy Birthday Boss!






















Selamat Hari Lahir yang ke 40++ kepada En Tajuddin. En Tajuddin merupakan pemilik dan pengasas rangkaian restoran ala mamak yang terbanyak di Kuantan. Rangkaian restoran Taj kuasai lebih 40% syer pasaran restoran di Kuantan. Rangkaian restorannya terdiri daripada:
  • Restoran Taj Point (6 cawangan)
  • Restoran Taj Baru
  • Restoran Taj Makmur
  • Restoran Taj Maju

Kejayaan restoran-restoran ini terletak pada 5 prinsip iaitu:

  1. Makanan yang enak
  2. Harga berpatutan
  3. Tempat yang bersih
  4. Layanan yang baik
  5. Hiasan dalaman yang menarik

Master: Secara kasar, prinsip kejayaan Restoran Taj berasaskan kepada teknik pemasaran 4P iaitu: Product (produk/perkhidmatan), Price (Harga), Place (Tempat) dan Promotion (Promosi)

Kenapa Francais/bisnes Gagal?



Kegagalan sesuatu francais/bisnes boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:


  • Lokasi yang teruk: untuk francais/bisnes yang memerlukan pelanggan keluar-masuk (walk-in customer), lokasi adalah amat penting. Cari lokasi yang menjadi trafik dan tumpuan orang ramai. Buat kajian lokasi terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian premis

  • Kegagalan francaisi/pemilik: Kebanyakan francaisi/pemilik gagal untuk mengikut konsep francais/tidak ada konsep bisnes serta tidak ada kesungguhan untuk berjaya. Francaisi/pemilik menganggap bahawa kerja keras tidak penting untuk berjaya

  • Persaingan senggit: Banyak bisnes francais/perniagaan yang baru mengalami masalah untuk bersaing di pasaran. Oleh itu, fikirkan strategi pemasaran yang effektif untuk menarik pelanggan

  • Francais/perniagaan ikutan: Ramai yang menggambil sesuatu konsep francais/ menceburi sesuatu bidang perniagaan kerana trend. Oleh kerana terlalu ramai yang menjalankan francais/perniagaan yang sama, maka saingan menjadi semakin senggit. Akibatnya, perniagaan gagal.

  • Tidak cukup dana: Ramai francaisi/pemilik tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk modal pusingan kerana banyak dana dihabiskan untuk memulakan perniagaan.

Master: lakukan siasatan, kajian dan penyelidikan terlebih dahulu terhadap bisnes/francais yang ingin diceburi. Paling elok, buat rancangan perniagaan terlebih dahulu. Boleh juga dapatkan nasihat dari konsultan atau agensi-agensi yang berkaitan sebelum membuat keputusan. (contoh: PNS- www.pns.gov.my & MFA- www.mfa.org.my)

Selasa, 3 Ogos 2010

Konsep Asas Francais


Fahami konsep asas francais berikut untuk menjaga hubungan baik antara francaisor dan francaisi.



  1. Sebuah syarikat mencipta methodologi, teknik @ produk yang berinovasi, cemerlang, berdaya saing dan diminati di pasaran. Ciptaan ini memberi keuntungan yang banyak kepada bisnesnya.

  2. Syarikat itu kemudian menseragamkan methodologi, teknik @ produk di setiap cawangannya dan melindungi ciptaannya dengan Akta Hak Cipta (trade mark)

  3. Kemudian, syarikat menyediakan perjanjian francais, manual operasi, manual latihan, Dokumen Penzahiran dan mematuhi Akta Francais dan memenuhi kriteria yang disenaraikan oleh ROF (Registra of Franchise-Penubuhan Francais). Syarikat perlu berdaftar dengan ROF.

  4. Orang awam yang berminat, membeli hak-hak francais tersebut dan dia dikenali sebagai francaisi. Syarikat tersebut pula dikenali sebagai francaisor.

  5. Francaisor kemudian wajib memberi beberapa kemudahan yang dipersetujui dalam perjanjian francais dan dokumen penzahiran kepada francaisi. Antaranya ialah latihan, kajian dan penyelidikan pasaran, kemudahan kewangan, kemudahan iklan dan promosi dan lain-lain lagi

  6. Francaisi pula membayar yuran-yuran, membeli bahan-bahan dari francaisor, membayar royalti kepada francaisor, menjalankan perniagaan seperti francaisor serta lain-lain obligasi yang dipersetujui dalam perjanjian francais dan dokumen penzahiran.

Master: Baca dan fahami dengan mendalam setiap kandungan dalam perjanjian francais dan dokumen penzahiran sebelum menjadi francaisi.

Francais: Membeli Pengalaman


Francais adalah cara dimana kita memulakan perniagaan dengan menggunakan pengalaman dan latihan yang disediakan oleh francaisor. Contoh francais ialah McDonalds dan 7Eleven. Kebiasaannya, proses francais adalah seperti berikut:


  1. Anda tentukan jenis bisnes yang anda inginkan

  2. Kenalpasti idea bisnes yang sesuai dengan anda

  3. Mencari francaisor yang mempunyai konsep perniagaan yang baik serta melahirkan francaisi yang berjaya (sekurang-kurangnya 5 francaisi berjaya)

  4. Membeli hak francais untuk menjadi francaisi berdasarkan prosedur, perjanjian francais serta beberapa bayaran permulaan seperti yuran francais.

Francais membantu anda mengurangkan risiko mencuba nasib dalam memulakan perniagaan. Francaisor yang berjaya amat mengetahui selok-belok perniagaannya dan membantu anda untuk berjaya.


Francais: perniagaan yang mencipta operasi dan konsep perniagaan yang berjaya dan menjual hak-hak tersebut ke kawasan-kawasan yang tertentu.


Francaisi: pembeli hak-hak francais


Francaisor: penjual hak-hak francais


Master: cari francaisor yang boleh membantu anda dalam selok-belok perniagaan. Terlalu banyak kes berlaku dimana francaisor 'lepas tangan' setelah francaisi membayar segala keperluan yang diminta oleh francaisor. Ada juga francaisor yang tidak membantu francaisi ketika francaisi mengalami masalah dalam perniagaan. Akibatnya, francaisi mengalami kerugian, kegagalan dalam perniagaan dan ada yang bankrupt jika tak dapat membayar hutang. Tetapi, francaisor mendapat keuntungan berganda!

GIATMARA: Seminar Pembangunan Francais Tempatan


















GIATMARA adalah agensi yang membantu membangunkan usahawan Melayu dan Bumiputra di Malaysia. Pada 13 Julai 2010 yang lepas, UnimasterConsultant dan PNS serta SMECorp telah menganjurkan seminar Pembangunan Francais Tempatan dan Pembiayaan usahawan. Tujuan seminar ini adalah untuk mengenalpasti usahawan-usahawan GIATMARA yang berpotensi untuk difrancaiskan.

Berikut adalah perniagaan-perniagaan yang dikenalpasti berpotensi untuk difrancaiskan:

  1. Maju Teguh Berkat Sdn Bhd
  2. V.V Jahit
  3. S Maza Collection
  4. CAL Auto Spray
  5. ZMZ Automotive Services
  6. Yinie Collection
  7. AZ Electrical & Services
  8. Rosmawani Binti Ismail
  9. Kamila Enterprise

Master: Tahniah kepada perniagaan yang terpilih. Untuk makluman, senarai ini masih belum 'finalize' lagi. Kami perlu mendapat mandat dari GIATMARA Malaysia dan panel Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Produk terlebih dahulu sebelum melaksanakan fasa pra-pembangunan francaisor.

Apakah Kekuatan & Keupayaan Anda?


Jawab soalan-soalan di bawah dengan sejujurnya dan isikan markah antara 1 hingga 10 di tempat kosong. No 1 jika kurang tepat dengan anda dan no 10 jika sangat tepat dengan anda.
___ Saya lebih mudah maju ke depan dan membuat keputuan dalam situasi penting
___ Keluarga, rakan-rakan dan pekerja akan cari saya untuk selesaikan segala masalah
___ Saya melakukan kerja dengan baik tanpa di awasi atau di suruh
___ Saya berfikir dengan baik dan fokus dalam menjalankan tugas
___ Saya berkebolehan untuk memuaskan hati pelanggan
___ Saya lebih suka menyiapkan tugasan tanpa pedulikan bagaimana rupa saya. Hasil tugasan lebih penting dari imej saya
___ Saya percaya dengan firasat bisnes saya dan mampu untuk laksanakan idea bisnes saya walaupun orang lain meragui saya
___ Saya yakin saya boleh menjual produk / perkhidmatan saya dengan baik dari orang lain
___ Saya boleh melihat kebaikan dalam sesuatu situasi dan mengambil peluang di atas situasi tersebut untuk kebaikan bisnes saya
___ Saya mempunyai tabungan kewangan yang mencukupi, sekurang-kurangnya unruk membayar bil selama 6 bulan

____ (Jumlahkan semua markah anda)

Kurang 50 :
Belum bersedia untuk berniaga. Jika anda dah berniaga, anda perlu mencari orang yang boleh membantu anda
51-70 :
Anda mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Tetapi lebih baik cari pengalaman dulu untuk seketika. Jika anda dah berniaga, anda perlu dalami lagi ilmu perniagaan
lebih 71 :
Anda boleh menjadi usahawan berjaya

Master: kenalpasti kekuatan dan keupayaan anda yang mana anda boleh gunakan untuk memajukan bisnes anda dan baiki kelemahan anda