Selasa, 19 Oktober 2010

TAKLIMAT PUNB@DEWAN PUSMA, MARA KTN
















Syabas diucapkan kepada PUNB, MARA, GIATMARA, Kraftangan Malaysia dan para usahawan kerana hadir memeriahkan Taklimat PUNB pada 14 Oktober 2010 yang lepas. Dewan PUSMA MARA Kuantan yang hanya berkapasiti 60 orang telah gegar dengan kehadiran usahawan seramai lebih 80 orang. Sebanyak 20 kerusi terpaksa di tambah dan selebihnya terpaksa berdiri. Namun, suasana ini tidak mematahkan semangat usahawan yang berminat memohon pinjaman PUNB. Diharap PUNB akan terus komited membantu usahawan sehingga cemerlang.
Master: Usahawan dinasihatkan agar tidak memusnahkan institusi-institusi yang membantu mereka.

Ahad, 10 Oktober 2010

Kepentingan Rancangan Perniagaan (RP)

Ramai yang beranggapan bahawa Rancangan Perniagaan (RP) disediakan untuk memohon pinjaman. Namun kepentingan RP bukan hanya bertujuan untuk memohon pinjaman. RP mempunyai kepentingan seperti berikut:
  • Membantu kita berfikir dengan lebih mendalam dan sistematik
  • Menunjukkan komitmen terhadap perniagaan
  • Membantu menarik minat pelabur, pembekal dan pekerja terhadap perniagaan
  • Sebagai panduan mencapai objektif perniagaan dan aras ukuran pencapaian perniagaan
  • Memudahkan pekerja memahami bidang pekerjaan mereka dan mereka boleh mengintai peluang kenaikan pangkat dalam perniagaan
  • Membantu kita fokus terhadap misi perniagaan, mengurangkan kita membazirkan masa dan waktu melakukan perkara yang kurang penting.
  • Apabila memohon pinjaman, RP membantu:
  1. Mengenalpasti sekiranya kita mampu memulakan / menguruskan perniagaan
  2. Mengenalpasti keupayaan kita membayarbalik pinjaman
  3. Memahami hala tuju perniagaan
  4. Mengetahui latar belakang perniagaan, pekerja dan pihak pengurusan
  5. Menilai prospek pencapaian perniagaan samada mampu untuk maju dan bertahan di masa akan datang

Master: Jadikan RP sebagai garis panduan untuk mengemudi perniagaan ke kedudukan yang cemerlang. Lebih jelas rancangan perniagaan anda, maka lebih mudah untuk anda mengemudi perniagaan anda.

Rancangan Perniagaan (RP)

RP adalah dokumen yang menceritakan tentang rancangan, idea dan hala tuju serta bagaimana mengendalikan perniagaan. Rancangan-rancangan ini terbahagi kepada elemen-elemen berikut:

  • Muka surat hadapan
  • Isi kandungan
  • Ringkasan eksekutif
  • Latarbelakang Perniagaan
  • Rancangan Pengurusan
  • Rancangan Operasi
  • Analisis Industri dan Pasaran
  • Analisis Pesaing
  • Rancangan / Strategi Pemasaran
  • Rancangan Kewangan
  • Kesimpulan / Penutup
  • Lampiran

Master: RP patut diteliti setiap bulan dan dikemaskini setiap tahun. Segala perancangan dan idea dikemaskini mengikut visi, misi dan objektif perniagaan. Seeloknya RP ini dibincangkan dan diteliti bersama-sama dengan pekerja anda.