Rabu, 9 Mac 2011

RM70j bantuan Perkasa PKS menerusi Skim BAP, E2 SME Corp

Pada 25 Januari 2011, Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana berjumlah RM 70 juta kepada SME Corp bertujuan untuk membantu PKS. Berikut adalah berita berkenaan dana tersebut:


SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan dua program baru bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), iaitu Business Accelerator Programme (BAP) serta Enrichment and Enhancement Programme (E2) dengan peruntukan sebanyak RM70 juta.

Di bawah program itu, syarikat PKS yang menyertainya akan dibantu melalui pendekatan bersepadu melinputi pengukuhan perniagaan, pembinaan keupayaan dan kapasiti serta kemudahan akses kepada pembiayaan.

Antara bantuan yang disediakan ialah kursus jangka pendek dibawah 40 pusat kemahiran yang dilantik SME Corp, latihan keusahawanan, kesedaran penjenamaan serta khidmat nasihat dan sokongan teknikal oleh kaunselor perniagaan.

BAP adalah untuk PKS dalam sektor pembuatan, perkhidmatan berkaitan pembuatan dan industri asas tani dengan nilai jualan dibawah RM25 juta setahun atau PKS dalam sektor perkhidmatan, pertanian utama, teknologi maklumat dan komunikasi yang mempunyai nilai jualan bawah RM5 juta.

E2 pula adalah untuk syarikat baru mula dan perusahaan mikro yang mempunyai nilai jualan dibawah RM250,000.

Syarikat PKS yang menyertai BAP diwajibkan melalui SME Competitiveness Rating for Enhancing (SCORE) manakala syarikat baru mula dan perusahaan mikro yang menyertai E2 diwajibkan melalui Micro Conpetitiveness Rating for Enhancing (M-CORE) bagi membolehkan keperluan mereka dikaji terlebih dulu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peruntukan yang disediakan kerajaan untuk kedua-dua program itu adalah untuk tempoh sehiungga 2012, iaitu gabungan geran dan pinjaman.

"SME Bank yang juga agensi dibawah MITI akan menyediakan pinjaman sebanyak RM40 juta untuk BAP, manakala Bank Rakyat pula menyalurkan RM30 juta untuk E2," katanya selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antasa SME Corp dan SME Bank serta pengumuman BAP dan E2 di Kuala Lumpur, semalam.

Master: Untuk keterangan lanjut berkenaan Skim BAP & E2, bolehlah layari laman web: smecorp.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan