Khamis, 24 Mac 2011

Kursus Pra-Persaraan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
















Pada 24 Mac 2011, telah berlangsung Kursus Pra-Persaraan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Uni-Master Consultant & Services telah dipelawa menjadi penceramah jemputan bersama-sama SME-Corp Pahang untuk memberi taklimat bertajuk 'Peluang-peluang Perniagaan' di Suria Beach Resort, Cherating. Para hadirin yang hadir adalah terdiri daripada golongan pekerja Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang bakal bersara pada tahun ini (2011). Diharap dengan kursus dan pendedahan ini dapat membantu dan membuka minda mereka untuk bergiat serius dalam dunia perniagaan.
Master : Jutaan terima kasih buat Encik Faizul Ishak di atas jemputan ini dan Selamat Maju Jaya buat bakal peniaga dan pengusaha serta usahawan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Isnin, 21 Mac 2011

5 Tips buat bisnes part time



  1. Kenalpasti pelaburan (masa dan $) yang sanggup anda laburkan untuk bisnes part time anda
  2. Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan
  3. Uruskan masa dengan efektif
  4. Lantik orang yang boleh dipercayai untuk mengawasi perniagaan anda
  5. Sentiasa perbaiki kesilapan

Master : apabila bisnes part time dah maju, bolehlah anda buat bisnes tersebut secara full time

10 Kesilapan ketika membuat Rancangan Perniagaan



  1. tak ada bisnes model
  2. Rancangan Perniagaan yang membosankan
  3. 'Kayu ukuran' pasaran tidak logik
  4. Produk / perkhidmatan yang tidak menyakinkan
  5. Kenyataan yang berulang-ulang
  6. Terlalu banyak 'jargon'
  7. tidak konsisten (consistent)
  8. tidak tersusun
  9. Unjuran kewangan yang tidak menyakinkan
  10. Gagal menunjukkan keistimewaan perniagaan anda

Master : Rancangan Perniagaan mestilah berdasarkan fakta dan figure yang betul serta terperinci

Tips Bootstrapping dari sudut kewangan



Dalam perniagaan, sumber kewangan menjadi begitu kritikal dan sangat terhad. Namun, tak usah panik kerana teknik bootsrapping boleh memberi jalan untuk anda selesaikan masalah tersebut.
  1. Menghampiri pelanggan
  2. Minta client membayar deposit untuk sesuatu projek
  3. Cari sesuatu yang 'percuma'
  4. Siapa cepat, dia dapat
  5. Jadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang
  6. Dapatkan bantuan
  7. Sabar dan terus berusaha

Master: Bootstrapping adalah teknik perniagaan dengan menggunakan sumber kewangan yang sangat minimum

Anda ingin menjadi usahawan. Bagaimana pula dengan keluarga?



  1. Dapatkan sokongan ahli keliarga anda

  2. Pastikan sumber kewangan anda mencukupi untuk menampung keperluan keluarga

  3. Fahami pengorbanan keluarga anda yang terpaksa bekorban demi impian anda

  4. Sentiasa berbincang dengan jujur dan berterus-terang dengan ahli keluarga anda

  5. Adakan mesyuarat keluarga

  6. Ajar anak anda dan ahli keluarga anda tentang perniagaan

  7. Buat rancangan perniagaan keluarga

  8. Imbangkan antara dunia perniagaan dan keluarga

Master : Walau apa yang berlaku, jangan abaikan keluarga

Impian Seorang Usahawan



Impian-impian ini didapati dari usahawan-usahawan berjaya.
  1. Menjadi mentor / contoh teladan kepada masyarakat sekeliling
  2. melancarkan / melahirkan produk / perkhidmatan baru
  3. Tingkatkan pendapatan
  4. Lakukan amal kebajikan
  5. Pergi bercuti
  6. Pastikan rancangan perniagaan jadi nyata
  7. Terus berusaha capai kejayaan

Master: berimpian untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu & Bumiputera berjaya

Sabtu, 19 Mac 2011

Soalan Temuduga


  1. Cerita tentang diri anda / lihat resume
  2. Dari mana anda tahu tentang jawatan kosong ini?
  3. Kenapa anda berminat dengan jawatan yang dipohon?
  4. Apa yang membuatkan anda tertarik untuk bekerja di sini?
  5. Bagaimana anda bandingkan kami dengan pesaing kami?
  6. Suasana kerja yang bagaimana yang anda suka?
  7. Adakah anda mampu untuk selesaikan masalah di tempat kerja?
  8. Adakah anda boleh bekerja secara berkumpulan?
  9. Bolahkah anda menjadi seorang ketua dalam kumpulan anda?
  10. Kenapa anda belajar di sekolah / kolej / universiti tersebut?
  11. Kenapa anda belajar dalam bidang tersebut?
  12. Apakah matapelajaran yang anda minat? kenapa?
  13. Apakah matapelajaran yang anda tidak suka? kenapa?
  14. Pada pendapat anda, adakah keputusan akademik anda menunjukkan pencapaian anda yang sebenar?
  15. Apa yang anda pelajari dari aktiviti ko-kurikulum?
  16. Apakah pencapaian akademik yang terbaik yang anda capai?
  17. Apakah matlamat masa depan yang anda ingini?
  18. Apakah perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut?
  19. Apakah kelebihan yang terdapat pada anda?
  20. Apakah kelemahan anda?
  21. Apakah minat anda?
  22. Bagaimana caranya anda selesaikan masalah yang rumit?
  23. Bagaimana anda mengukur sesuatu kejayaan?
  24. Apakah yang anda boleh sumbangkan terhadap syarikat?
  25. Apakah sumbangan yang telah anda berikan kepada majikan anda sebelum ini?
  26. Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang bos?
  27. Sekiranya anda tidak suka pada seseorang pekerja / polisi syarikat, apa yang akan anda lakukan?
  28. Bagaimana anda bekerja dalam tekanan?
  29. Jika anda bekerja dalam kumpulan, apakah peranan anda?
  30. Antara banyak-banyak majikan anda, yang mana yang anda suka? kenapa?
  31. Apakah perkara / benda yang penting dalam pekerjaan anda?
  32. Apakah kriteria yang anda inginkan pada seorang bos?
  33. Adakah anda sanggup berpindah tempat kerja? ke mana?
  34. Adakah anda boleh bekerja di luar kawasan?
  35. Sanggupkah anda dilatih selama 6 bulan?

Master: Soalan temuduga ini hanyalah sebagai garis panduan sahaja

10 tips untuk membuat pekerja anda suka bekerja



  1. Tempat kerja yang teratur, tersusun dan kemas
  2. Suasana kerja yang selesa
  3. beri 0peluang kepada pekerja untuk bercakap / bersuara
  4. Beri sedikit kebebasan kepada pekerja
  5. Jadikan tempat kerja sebagai satu komuniti
  6. Gunakan teknologi terkini
  7. Benarkan pekerja bekerja selain di opis
  8. Beri peluang kepada pekerja untuk belajar
  9. Pelbagaigunakan ruang pejabat untuk aktiviti-aktiviti lain seperti ruangan belajar, ruangan istirehat dan sebagainya
  10. Cari pekerja yang ramah, kelakar dan bijak untuk memeriahkan suasana.

Master: elakkah 'workers turnover' yang terlalu tinggi

Baiki Bisnes anda dengan 5 cara



  1. Belanja pada benda yang perlu dan penting sahaja
  2. Jaga pelanggan anda
  3. Sentiasa membuat kajian pasaran terhadap bisnes anda
  4. Kaji bisnes model anda
  5. Sentiasa flesible

Master: Kesemua 5 cara ini perlu dilakukan sepanjang masa kerana ini adalah caranya untuk memastikan bisnes anda berjaya

Kata-kata hikmah perniagaan

  1. Jangan mudah bosan atau berputus asa
  2. Nyatakan misi dan matlamat anda dengan jelas
  3. Laksanakan idea anda
  4. Langkaui kemusykilan
  5. Kreatif
  6. Anda tidak keseorangan
  7. Cari dan cipta peluang
  8. Sentiasa fikir cara mencari duit
  9. Buat kajian
  10. Sentiasa bersedia untuk sebagai kemusykilan
  11. Lakukan apa saja yang anda suka
  12. Fikir dengan bijak
  13. Sabar
  14. Jangan takut
  15. Mengaku kesalahan dan baikinya
  16. Cari keunikan dalam bisnes anda

Master: Kata-kata hikmah yang memberi semangat ini datangnya dari usahawan-usahawan berjaya seluruh dunia.

Jumaat, 18 Mac 2011

5 mitos persaraan



Ketika usia masih muda, kita sibuk bekerja makan gaji. Dengan duit gaji itulah kita membeli barang keperluan. Lebih teruk lagi, kita tidak menyimpan sebahagian daripada gaji kita untuk hari tua. Antara sebabnya adalah mitos-mitos berikut:

  1. Kita beranggapan bahawa duit pencen cukup untuk menampung perbelanjaan harian selepas bersara.
  2. Apabila kita tua, kita beranggapan bahawa kuasa beli sedikit dan kita tak belanja banyak.
  3. Kita berharap anak-anak akan menjaga dan menyara kita.
  4. Kebanyakkan orang yang bersara memilih untuk tinggal di kampung dan merasakan perbelanjaan di kampung akan berkurangan.
  5. Kerajaan membantu golongan yang bersara.

Master: buatlah perancangan awal sebelum anda bersara kerana semua mitos di atas adalah tidak benar!

6 Tips berurusan dengan pengilang China



China adalah sebuah negara yang pesat membangun dalam sektor pengilangan pada harga yang murah. Jadi, tidak hairanlah kenapa begitu ramai usahawan memilih untuk mengimport barangan dari China. Namun, anda perlu berhati-hati berurusan dengan pengilang di China. Berikut, adalah tips-tips yang boleh membantu anda:
  1. Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai di China
  2. Fokus kepada kualiti kerana kebanyakan pengilang di China lebih utamakan kuntiti berbanding kualiti
  3. Awasi logistik anda untuk menggelakkan dari ditipu
  4. Berhati-hati ketika membuat bayaran kerana 50%-75% bayaran yang dibuat mungkin tidak dipulangkan
  5. Tunjukkan keyakinan anda dan ke-serius-an anda ketika berurusniaga dengan mereka
  6. Minta sample produk yang diingini dan pastikan pengilang di China membuat produk 100% seperti yang anda inginkan

Master: Antara kelebihan yang terdapat di China ialah kos buruh yang murah, sumber bahan mentah yang mudah, lokasi yang strategik, penduduk yang ramai dan jalinan 2 hala antara Malaysia & China.

Ada Bisnes, tapi opis..



Sememangnya sukar untuk mencari opis yang sesuai dengan bisnes yang kita buat. Nak cari opis yang 'sempurna', kosnya mahal. Ada sesetengah usahawan punyai opis. Tetapi tidak mengoptimumkan penggunaan opis. Artikel ini menyatakan tempat yang sesuai untuk dijadikan 'opis'..

1. Rumahku, opisku..

Kos: percuma

Jangan lupa: dapatkan mandat dari pasangan

Sesuai untuk : kerja-kerja ringan, menjawap panggilan telefon

Elakkan jika: ada kanak-kanak yang nakal dan jiran-jiran yang cerewet

2. Tempat Riadah, opisku..

Kos: percuma

Jangan lupa : laptop, broadband

Sesuai untuk: email, tenangkan fikiran, cari idea

Elakkan jika: cuaca tak elok, buat kerja yang serius

3. Kedai Makan / cafe, opisku..

Kos: rendah

Jangan lupa : order sedikit makanan dan minuman

sesuai untuk : bersembang dengan pelanggan

Elakkan jika : anda perlu beri tumpuan penuh pada kerja

4. Pusat Sumber, opisku..

Kos: percuma

Jangan lupa : telefon bimbit disenyapkan

sesuai untuk : mencari bahan bacaan & menulis

elakkan jika : bercakap, termasuklah bercakap di telefon

5. Tumpang opis memberku

Kos: rendah

jangan lupa : tempah tempat awal-awal

Sesuai untuk : buat kerja-kerja opis

Elakkan jika : anda perlukan privacy

6. Opisku sendiri

Kos : mahal

Jangan lupa : balik ke rumah

Sesuai untuk : jumpa pelanggan, berbincang, buat pelbagai kerja opis

Elakkan jika : anda inginkan ketenangan

Master : Se-eloknya, hendaklah ada opis sendiri supaya senang untuk berurusan dan membuat pinjaman bank / institusi kewangan

Khamis, 17 Mac 2011

15 Kesilapan yang dilakukan oleh usahawan muda



Kebanyakkan golongan muda begitu ghairah untuk berniaga. Namun, mereka sering membuat kesilapan yang boleh merugikan diri sendiri. Berikut adalah 15 kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan usahawan muda.

  1. terperangkap dengan budaya 'sekolah'
  2. tak ada kedai contoh / produk contoh
  3. tidak awasi pesaing
  4. tidak pandai berkomunikasi dengan pelanggan
  5. tidak pandai 'menarik' pelanggan
  6. membayar benda yang boleh didapati dengan percuma
  7. tidak ada latihan khusus dalam mengendalikan perniagaan
  8. tidak berterus terang dengan pelanggan
  9. tiada pelabur / sumber kewangan yang terhad
  10. berlagak tahu
  11. tidak mengaku kesalahan yang dilakukan
  12. tidak dengar nasihat
  13. tidak fikirkan keperluan masa depan
  14. hanya mencari duit untuk keperluan semasa
  15. tiada perancangan perniagaan

Master: Elakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan di atas

Isnin, 14 Mac 2011

Cari Publisiti Perniagaan dengan cara LADY GAGA



Lady Gaga adalah seorang penyanyi antarabangsa yang amat terkenal dengan keunikan penampilannya. Keunikan tersebut sengaja dibuat untuk mendapat publisiti dan menarik perhatian orang ramai. Namun, beliau berjaya melakukannya. Berikut adalah rahsia beliau:

  1. menguasai 'Art of fame'
  2. mengetahui siapakah orang disekelilingnya dan berusaha menghampiri mereka.
  3. menjadi contoh dan ikon.
  4. menjadi seorang yang lain dari yang lain.
  5. memberi sentuhan 'peribadi' kepada orang sekelilingnya.
  6. sentiasa melakukan perubahan.

Master: Publisiti adalah salah satu teknik pemasaran yang boleh menarik perhatian pelanggan & bakal pelanggan.

Bagaimana menentukan harga produk / perkhidmatan anda



Faktor-faktor berikut memberitahu bila masa yang sesuai untuk menaikkan harga & menurunkan harga.

  1. Pastikan anda faham istilah 'mencari duit'.
  2. Fahami keutamaan perniagaan anda selain daripada membuat keuntungan.
  3. Kenali pelanggan anda & kuasa beli mereka.
  4. Tahu apakah kos yang terlibat.
  5. Ketahui matlamat perndapatan yang anda ingini.
  6. Kenali pesaing anda.
  7. Ketahui hala tuju pasaran. -apakah harga pasaran yang mampu dibeli?,, bagaimanakah penerimaan pasaran terhadap perniagaan dan produk / perkhidmatan anda?,, apakah harga pesaing anda?,, adakah produk /perkhidmatan itu amat diperlukan / jarang digunakan?,, Berapakah kuantiti yang mampu anda jual?
  8. Pantau harga anda. - Dengar komplain pelanggan tentang harga yang ditawarkan,, sentiasa perhatikan pesaing,, buat perancangan harga termasuk harga promosi, harga pembekal dan sebagainya.

Master : Salah satu rahsia kejayaan dalam perniagaan ialah meletakkan harga yang munasabah terhadap produk / perkhidmatan anda. Jika anda silap meletakkan harga, anda kemungkinan akan mengalami kerugian akibat menanggung kos dan pelanggan lari.

7 tips dalam membuat ramalan kewangan



Apakah yang ingin anda belanja untuk kembangkan lagi perniagaan? Bilakah penghutang anda akan membayar semua hutang-hutangnya? Apakah jumlah minimum pendapatan yang patut anda perolehi? Ketahui bagaimana membuat ramalan kewangan dengan mengambil kira tips-tips berikut:



  1. merancang untuk situasi yang buruk boleh berlaku, tetapi mengambilkira juga situasi yang terbaik boleh berlaku dalam keadaan kritikal.
  2. ketepikan maklumat lama, cari maklumat baru & terkini
  3. sentiasa mengawasi rekod penghutang anda
  4. rancang diskaun terlebih dahulu
  5. pastikan pekerja yang terlibat dengan aktiviti jualan ambil bahagian dalam merancang kewangan
  6. kenali tabiat membayar pelanggan anda dan juga perniagaan anda
  7. beri juga perhatian terhadap perbelanjaan remeh-temeh seperti membeli pen

Master: membuat ramalan kewangan & aliran wang tunai adalah tidak mudah terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Adakah produk / perkhidmatan anda boleh pergi lebih jauh?



Untuk mengetahuinya, anda perlu menjawab soaln-soalan berikut:






  1. adakah harga yang anda tawarkan berpatutan?
  2. bolehkah produk / perkhidmatan anda dijual?
  3. adakah produk / perkhidmatan anda punyai keunikan yang tersendiri?
  4. adakah produk / perkhidmatan anda dapat menolong selesaikan maslah pelanggan?
  5. adakah produk / perkhidmatan anda berbaloi dari segi keuntungan & kepuasan pelanggan?

Master: Sebelum anda membuat keputusan apakah produk / perkhidmatan yang ingin anda jual / keluarkan, pastikan anda buat kajian terhadap produk / perkhidmatan dengan menjawab soalan di atas.

Sabtu, 12 Mac 2011

5 tips menjual perkhidmatan anda



Bukan senang hendak menjual perkhidmatan pada mulanya kerana orang ramai masih belum yakin dengan perkhidmatan yang anda tawarkan. Namun, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menjual perkhidmatan yang ditawarkan.

  1. Pastikan setiap orang / pekerja melibatkan diri dalam aktiviti jualan.
  2. Jangan memilih pelanggan. Layan pelanggan dengan adil.
  3. Berikan maklumat yang tepat kepada pelanggan.
  4. Rasai 'kesengsaraan' pelanggan anda agar anda dapat memahami keperluan pelanggan anda.
  5. Jadualkan perjumpaan dengan pelanggan demi supaya anda dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra.

Master: Tips ini lebih mudah untuk dilaksanakan apabila anda kenal pelanggan anda dan berkawan dengan mereka

Jumaat, 11 Mac 2011

Hakikat & Kenyataan yang dihadapi oleh usahawan



Langit tak selalu cerah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh setiap usahawan untuk berjaya. Risiko gagal tetap ada. Oleh yang demikian, disenaraikan beberapa hakikat & kenyataan yang perlu diawasi oleh setiap usahawan.
  1. Tiada jalan mudah untuk mendapatkan projek serta menjual produk / perkhidmatan anda.
  2. Sesetengah pelanggan boleh mengecewakan anda.
  3. Walau siapa pun anda, anda tetap tidak mampu untuk mengendalikan kesemua tugasan seorang diri.
  4. Tiada kejayaan yang boleh dicapai dalam masa 1 hari.
  5. Tidak mudah untuk mewujudkan kerjasama berkumpulan serta melahirkan satu kumpulan yang mantap dengan satu tujuan yang sama.
  6. Menangani faktor-faktor di luar kawalan seperti faktor ekonomi, dasar kerajaan dan bencana alam.

Master: Usahawan hendaklah bijak, tabah dan kreatif dalam mengendalikan perniagaan mereka. Terdapat pelbagai teknik yang boleh membantu anda mengurangkan risiko kegagalan dalam dunia perniagaan.

25 Tips Untuk Usahawan



Tips-tips berikut boleh dijadikan panduan kepada para usahawan serta bakal usahawan untuk menentukan hala tuju perniagaan masing-masing. Tips ini juga sesuai bagi usahawan yang berniaga dari rumah.

  1. Lakukan kegiatan yang anda minat & suka
  2. Lakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
  3. Rancang segala aspek perniagaan
  4. Uruskan kewangan dengan bijak
  5. Jual..jual..jual..& teruskan menjual
  6. Kenali & fahami pelanggan anda
  7. Perkenalkan diri anda kepada setiap pelanggan anda
  8. Bina imej perniagaan yang positif
  9. Lakukan khidmat pelanggan dengan baik
  10. Guna teknologi terkini dalam perniagaan
  11. Bentuk satu kumpulan rangkaian perniagaan yang kuat
  12. Dedahkan kepakaran anda
  13. Cipta keunikan dalam perniagaan anda
  14. Sentiasa belajar dan mencari ilmu
  15. Beri kemudahan yang terbaik kepada pelanggan
  16. Bina reputasi cemerlang
  17. Hanya menjual benda yang mendatangkan keuntungan
  18. Jangan lupa tanggungjawab kepada masyarakat
  19. Cari pehartian orang ramai (publisiti)
  20. Berkebolehan bermusyawarah (negotiation)
  21. Wujudkan suasana kerja yang selesa
  22. Sentiasa buat kerja dengan sistematik & teratur
  23. Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup
  24. Fokus.. dan sentiasa fokus
  25. Sentiasa mengambil perkembangan terkini tentang produk, pelanggan, pesaing dan sebagainya

Master: Jangaan putus asa. Teruskan mencuba sampai berjaya!

Program Pembangunan Francais mampu menjadi pemangkin Bagi menjayakan MBE



KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) --Program Pembangunan Francais mampu menjadi pemangkin bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (NEM) berikutan kejayaanya mencatatkan nilai jualan RM10.2 bilion antara 2006 hingga 2008.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat 499 francaisor berdaftar dengan Pendaftar Francais yang melibatkan 6,323 francaisi setakat 22 Feb tahun ini.
"Peningkatan ini membuktikan bahawa perniagaan francais telah mula mendapat tempat di kalangan para usahawan sebagai salah satu cabang keusahawanan yang berdaya maju," katanya pada Majlis Pelancaran Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia di sini pada Rabu.
Ismail Sabri berkata kementerian akan giat memperkasakan strategi pelaksanaan melalui program (Pembangunan Francais) itu untuk menjadikan industri itu sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat menceburi bidang perniagaan.
Beliau berkata Perbadanan Nasional Bhd (PNS) akan memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan para usahawan francais seiring dengan perkembanganya yang semakin meningkat."Dalam tempoh 2006 hingga 2008, seramai 270 usahawan telah berjaya untuk menjadi francaisi melalui skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS," katanya.
"Kita sentiasa menggalakkan golongan belia dan graduan baharu untuk memilih perniagaan francais sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pelajaran," kata Ismail Sabri.
Pelancaran Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Program yang berlansung selama dua hari hingga Khamis itu bertujuan memberi pemahaman dan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai perniagaan francais.-- BERNAMA
Master: untuk sebarang maklumat berkenaan program Pembangunan francais ini, bolehlah layari laman web: pns.com.my

Laman web yang effektif



Apabila anda mengiklankan produk / perkhidmatan anda di laman web, pastikan iklan tersebut memiliki faktor-faktor berikut:

  • Nyatakan dengan ringkas dan padat berkenaan produk / perkhidmatan yang anda tawarkan.
  • Letak gambar yang jelas, berkualiti tinggi dan menarik serta gambar diambil pada setiap sudut & bahagian.
  • Maklumat tambahan seperti: FAQ, Polisi, cara membeli, cara menempah, cara penghantaran dan khidmat pelanggan terdapat di dalam laman web anda.
  • Nyatakan juga fakta & figure statistik untuk menyakinkan pelanggan & bakal pelanggan anda.
  • Turut menyatakan informasi terperinci & terkini tentang syarikat anda.
  • Iklankan laman web anda di lokasi yang senang dicari.
  • 'Call-to-action button' (contoh: buy now, order here, download it here) terdapat di setiap muka surat di laman web anda.

Master: Iklan di dalam laman web banyak membantu meningkatkan jualan dan menambah pelanggan

Khamis, 10 Mac 2011

5C: Faktor yang dinilai sebelum meluluskan pinjaman



Sebelum memutuskan untuk meluluskan pinjaman, bank ataupun badan yang memberi pinjaman akan menilai aspek 5C, iaitu:

1. Capacity (keupayaan)
Bank / pemberi pinjaman akan melihat keupayaan perniagaan untuk membayar balik pinjaman seperti jadual yang telah ditentukan. Mereka akan melihat sejarah kewangan perniagaan. Jadi, pastikan rekod kewangan anda 'cantik'.

2. Character (prinsip & reputasi)
Bank / pemberi pinjaman akan memastikan bahawa mereka memberi pinjaman kepada perniagaan yang mempunyai reputasi yang baik. Mereka juga melihat kepakaran & pengalaman anda dalam bidang perniagaan. Selain itu, segala hutang anda turut 'dinilai'.

3. Capital (modal)
Bank / pemberi pinjaman akan melihat berapa suntikan modal anda ke dalam perniagaan. Lebih banyak modal yang disuntikkan, bermakna lebih cerah peluang untuk meluluskan pinjaman. Bagi Bank / pemberi pinjaman, suntikan modal adalah pengukur kepada dedikasi & komitmen anda terhadap perniagaan.

4. Collateral (penjamin)
Sesetengah bank / pemberi pinjaman akan melihat unsur-unsur 'keselamatan' dan jaminan yang mampu dibuat oleh anda. Ada kemungkinan, mereka akan meminta cagaran terhadap pinjaman yang akan di buat. Cagaran biasanya dalam bentuk hartanah.

5. Conditions (tujuan pinjaman)
Bank / pemberi pinjaman akan mengambil kira apakah tujuan pinjaman di buat serta trend pasaran dalam industri. Perkara ini hendaklah diceritakan dalam kertas kerja pinjaman beserta dengan fakta yang benar.

Master: untuk lebih selamat, anda perlulah menghantar kertas kerja kepada sekurang-kurangnya 3 bank & pemberi pinjaman. Anda perlu dapatkan seberapa banyak maklumat tentang kriteria memohon pinjaman.

Bidang Perniagaan Yang Bagus diceburi


Kebanyakan pelanggan saya mengatakan hasrat mereka untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Namun, persoalan yang timbul ialah: Apakah perniagaan yang patut mereka ceburi?. Oleh kerana itu, saya menyatakan di sini beberapa bidang perniagaan yang bagus untuk diceburi ketika ini.


  1. Fun-Food (makanan ringan)

  2. Telefon bimbit & seumpanya

  3. Teknologi berkaitan penjagaan kesihatan

  4. Perkhidmatan Software & Komputer

  5. Penjagaan rumah

  6. Yoga atau senaman

  7. Bidang berkaitan pendidikan

  8. Fast-Food (makanan segera)

  9. Teknologi Hijau

  10. Perunding Profesional

  11. Teknologi Pendidikan

  12. Pengambilan Pekerja

  13. Perkhidmatan Kerajaan

  14. Khidmat Perakaunan & seumpamanya

  15. Perkhidmatan membaiki / baikpulih

  16. Bidang meningkatkan keyakinan diri

  17. Elektrik / Air / Bio-chemical & seumpamanya

Master: Pilih bidang perniagaan yang benar-benar sesuai dengan jiwa anda. Lakukan sedikit pembaharuan yang unik daripada pesaing anda

Rabu, 9 Mac 2011

RM70j bantuan Perkasa PKS menerusi Skim BAP, E2 SME Corp

Pada 25 Januari 2011, Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana berjumlah RM 70 juta kepada SME Corp bertujuan untuk membantu PKS. Berikut adalah berita berkenaan dana tersebut:


SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan dua program baru bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), iaitu Business Accelerator Programme (BAP) serta Enrichment and Enhancement Programme (E2) dengan peruntukan sebanyak RM70 juta.

Di bawah program itu, syarikat PKS yang menyertainya akan dibantu melalui pendekatan bersepadu melinputi pengukuhan perniagaan, pembinaan keupayaan dan kapasiti serta kemudahan akses kepada pembiayaan.

Antara bantuan yang disediakan ialah kursus jangka pendek dibawah 40 pusat kemahiran yang dilantik SME Corp, latihan keusahawanan, kesedaran penjenamaan serta khidmat nasihat dan sokongan teknikal oleh kaunselor perniagaan.

BAP adalah untuk PKS dalam sektor pembuatan, perkhidmatan berkaitan pembuatan dan industri asas tani dengan nilai jualan dibawah RM25 juta setahun atau PKS dalam sektor perkhidmatan, pertanian utama, teknologi maklumat dan komunikasi yang mempunyai nilai jualan bawah RM5 juta.

E2 pula adalah untuk syarikat baru mula dan perusahaan mikro yang mempunyai nilai jualan dibawah RM250,000.

Syarikat PKS yang menyertai BAP diwajibkan melalui SME Competitiveness Rating for Enhancing (SCORE) manakala syarikat baru mula dan perusahaan mikro yang menyertai E2 diwajibkan melalui Micro Conpetitiveness Rating for Enhancing (M-CORE) bagi membolehkan keperluan mereka dikaji terlebih dulu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peruntukan yang disediakan kerajaan untuk kedua-dua program itu adalah untuk tempoh sehiungga 2012, iaitu gabungan geran dan pinjaman.

"SME Bank yang juga agensi dibawah MITI akan menyediakan pinjaman sebanyak RM40 juta untuk BAP, manakala Bank Rakyat pula menyalurkan RM30 juta untuk E2," katanya selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antasa SME Corp dan SME Bank serta pengumuman BAP dan E2 di Kuala Lumpur, semalam.

Master: Untuk keterangan lanjut berkenaan Skim BAP & E2, bolehlah layari laman web: smecorp.gov.my

6 cara mudah untuk menambah $$$


Berikut adalah beberapa cara mudah dan selamat untuk menambah pendapatan dalam perniagaan anda.
  1. Memahami pelanggan anda. Apa yang mereka inginkan? Apa yang mereka perlukan?
  2. Berniaga kerana minat yang mendalam, bukan kerana duit semata-mata.
  3. Cari 'duit sebenar' (real money) untuk 'produk / perkhidmatan yang sebenar' ( real product / services).
  4. Cuba pelbagai model harga (pricing model) dalam menentukan harga produk / perkhidmatan dalam pasaran.
  5. Guna teknik 'Bootstrapping'.
  6. Jangan putus asa. Terus mencuba!

Master: Cara yang mudah boleh jadi susah jika silap teknik / langkah. Malah boleh merugikan

Jumaat, 4 Mac 2011

PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT

Baru-baru ini, menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Jasin, Melaka. Berikut adalah petikan berita dari Bernama yang di ambil dari laman web KPDNKK.
JASIN, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan kedai runcit yang menyertai program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) tidak akan menjual barangan pada harga melebihi harga pasaran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun kedai runcit terbabit sudah berwajah baru serba moden dengan susun atur barangan yang kemas, ianya juga boleh menawarkan harga jualan yang murah kerana mereka memperoleh bekalan barang daripada pembekal pada harga rendah. Bercakap kepada pemberita selepas melawat kedai runcit Maznah Gemilang Enterprise di Taman Merlimau Utara, Merlimau dekat sini, Khamis, beliau berkata kementerian menyasarkan sebanyak 500 kedai runcit di seluruh negara terlibat dalam program itu pada tahun ini. Setakat ini, dua buah kedai runcit di Merlimau dan sebuah di Temerloh, Pahang sudah siap ditransformasikan dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) selaku konsultan dalam program itu manakala di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terdapat tiga buah. Pada tahun ini, Mydin memberi komitmen untuk membantu membangunkan 100 kedai runcit, diikuti pasar raya Carrefour Malaysia (400 buah), Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (150 buah) dan SKM (100 buah). Setakat ini terdapat 50,000 kedai runcit di seluruh negara dan kementerian mensasarkan 5,000 daripadanya akan terlibat dalam program TUKAR menjelang tahun 2020. "Buat masa ini kedai-kedai runcit tidak terurus dari segi susun atur barangan, pengurusan yang dilakukan secara tradisional dan tidak profesional. Dengan kemasukan pelabur asing yang membawa konsep peruncitan cara moden, jika kedai-kedai runcit ini tidak di TUKAR, ianya akan menghadapi masalah persaingan dengan kedai runcit moden itu," katanya. Ismail Sabri berkata konsultan terbabit juga membantu melatih peniaga mengamalkan pengurusan perniagaan yang moden dan cekap sekaligus dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pemilik Maznah Gemilang Enterprise, Mahmud Mohamed, 47, berkata sejak beroperasi dengan imej baru itu pada 15 Feb lepas, pelanggan bertambah ramai manakala jumlah jualan harian melonjak daripada RM4,000 kepada RM5,200. "Kita jual ikut harga pasaran semasa malah sesetengah barangan dijual pada harga lebih murah kerana pembekal memberi kami harga rendah," katanya. Pemilik Pasar Mini Baru Merlimau, J.Francisca, 44, berkata beliau amat menghargai bantuan kerajaan dalam memajukan kedai runcit yang diusahakan beliau dan mendiang bapanya sejak tujuh tahun lalu. "Jualan harian sudah meningkat daripada RM1,900 kepada RM3,000. Ini kerana pelanggan lebih suka membeli dalam suasana yang lebih selesa. "Ada pelanggan yang tanya dia sudah salah masuk kedai ka, sudah banyak berubah, nampak macam pasar raya," katanya. -- BERNAMA
Master: Program TUKAR lebih memfokuskan kepada keselesaan pelanggan ketika membeli belah

Khamis, 3 Mac 2011

10 Cara tangani masalah pekerja

Sememangnya menyakitkan kepala apabila terpaksa berhadapan dengan pekerja yang bermasalah seperti ponteng kerja, curi tulang ketika waktu kerja dan malas. Berikut adalah 10 tips untuk mengendalikan pekerja yang bermasalah:
  1. Berbincang dengan bersemuka dengan pekerja

  2. Tentukan matlamat yang jelas tentang perniagaan anda dan tugas pekerja tersebut terhadap perniagaan anda

  3. Cipta sistem ganjaran pekerja

  4. Kenalpasti apakah faktor yang menarik minat mereka untuk bekerja

  5. Pastikan anda beri tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan pekerja anda

  6. Lakukan pantauan terhadap pekerja anda

  7. Beri latihan kepada pekerja

  8. Sediakan ruang kenaikan pangkat / gaji kepada pekerja

  9. Beri peluang kepada pekerja untuk mencuba berkerja di department baru

  10. Sediakan suasana kerja yang santai/relax

Master: Pekerja merupakan aset kepada syarikat.

Teknik Bootstrapping

Bootstrapping adalah cara memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan dengan sejumlah wang yang sangat minimum. Berikut adalah beberapa teknik Bootstrapping:
  1. mengamalkan budaya berjimat cermat.

  2. cari pekerja yang sanggup / rela bekerja dengan bayaran yang rendah.

  3. kawal aliran wang tunai anda sehingga akhirnya anda mencapai keuntungan.

  4. elakan menyewa premis.

  5. cari pelanggan yang sanggup membayar untuk produk/perkhidmatan anda.

  6. penuhi segala kehendak & keperluan pelanggan.

  7. bina jenama perniagaan anda.

  8. buat kajian pemasaran berdasarkan rekod jualan anda.

  9. kenalpasti berapa perbelanjaan yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda / menghasilkan produk / perkhidmatan.

  10. cuba menggunakan sistem barter (saling bertukar) untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang yang anda perlukan.

  11. sentiasa menguji pasaran dan menilai perniagaan anda dalam pasaran.

Master: kebanyakan usahawan yang menggunakan teknik bootstrapping berjaya kerana mereka berdisiplin dalam menjalankan perniagaan mereka