Rabu, 27 April 2011

10 soalan yang perlu diungkai mengenai perkongsian



  1. apakah peranan dan tugas setiap rakan kongsi?

  2. apakah syarat-syarat pembubaran? bagaimana bahagikan untung dan rugi?bagaimanakah bayaran gaji dan insentif dilakukan?

  3. bagaimana proses membuat keputusan dilakukan?

  4. apakah nilai-nilai diri yang ada pada pekongsi?

  5. berapa banyak masa yang dihabiskan oleh setiap terhadap perniagaan?

  6. bagaimana komunikasi dilakukan?

  7. berapakah hutang dan tanggungan yang ditanggung setiap pekongsi?

  8. ke mana hala tuju perniagaan anda dalam tempoh lima, sepuluh atau dua puluh tahun akan datang?

  9. siasat tentang latar belakang perniagaan pekongsi anda

  10. siapa yang bertanggungjawab ke atas perniagaan anda?



Pemasaran cara Donald Trump




  1. beliau mencipta jenamanya sendiri

  2. suka dengan perniagaan yang dilakukannya dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh

  3. sentiasa berazam merealisasikan impiannya

  4. dalam ucapannya, beliau suka bercerita tentang pengalaman yang dilaluinya

  5. sentiasa bekerja dan mencari publisiti dalam membina jenama sendiri



3 Langkah untuk mendapatkan pertolongan



Memang susah untuk mendapatkan pertolongan dan anda mungkin memerlukan pertolongan kerana anda tidak mampu untuk menjalankan perniagaan keseorangan. Berikut adalah 3 langkah mudah untuk mendapatkan pertolongan yang anda ingini.



  1. Tanya dan cari agensi, orang perseorangan, rakan niaga, sahabat dan keluarga. Ceritakan masalah anda dengan terperinci. Siapa tahu jika ada antara mereka boleh membantu anda. Biasanya, agensi-agensi kerajaan ada peruntukan dalam membantu para usahawan.

  2. Bantu permudahkan urusan orang untuk membantu anda. Fokus kepada satu perkara dan selesaikan masalah satu per satu. Jangan buat orang yang ingin membantu anda merasakan begitu rumit untuk membantu selesaikan masalah anda.

  3. Jangan tamak Tetapi, hendaklah berhati-hati. Tidak ramai yang sanggup membantu dengan ikhlas. Sekurangnya, mereka pasti inginkan imbuhan di atas pertolongan yang di beri. Kenal pasti sekiranya anda mampu untuk memberikan imbuhan tersebut.

Selasa, 26 April 2011

Karnival Usahawan Pahang 2011



Pada 23 dan 24 April 2011, telah berlangsung Karnival Usahawan Pahang 2011 di Pekan. Karnival ini betujuan untuk membantu para usahawan mencari pendapatan, membuat jalinan perniagaan, menghadiri klinik usahawan, seminar dan galeri bergerak. Seramai 160 usahawan telah dipanggil untuk mengambil bahagian dalam jualan di karnival tersebut. Panel jemputan pula terdiri daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam membangunkan usahawan IKS. Panel-panel jemputan tersebut ialah:



  • MATRADE

  • SME Corp

  • SME bank

  • MIDF

  • HDC

  • SIRIM QAS International

  • PUNB

  • AIM

  • TEKUN

  • MARA

  • BNM

  • BSN

  • Bank Rakyat

  • MTDC

Tokoh usahawan yang terpilih pada karnival ini ialah Tuan Haji Herman Bin Darwis yang merupakan seorang peruncit yang berjaya di Pahang dan Johor. Beliau mempunyai enam buah rangkaian hypermarket di Pahang dan juga Johor. Hypermarket tersebut ialah Terus Maju Sdn Bhd.



































10 Pengajaran daripada bootstrapping





  1. buat banyak kesalahan dan belajar daripadanya

  2. buat apa yang disukai dan apa yang pasaran suka

  3. jual produk / perkhidmatan yang mampu dibeli

  4. sentiasa merancang

  5. gunapakai segala dana kewangan yang ada

  6. sebahagian daripada pendapatan hendaklah digunakan untuk memajukan perniagaan

  7. fokus kepada aliran tunai dahulu sebelum memikirkan cara memajukan perniagaan

  8. fikir cara memajukan perniagaan dahulu sebelum memikirkan cara mendapat keuntungan

  9. berhati-hati dalam mencari pekerja

  10. lakukan perniagaan demi keluarga pekerja anda dan juga diri anda

Sebelum memulakan perniagaan





  • Cari keperluann pasaran dan penuhi keperluan tersebut

  • punyai dana kewangan yang mencukupi

  • Buat Rancangan Perniagaan

  • Lakukan kajian pasaran

  • Bina satu kumpulan pekerja yang hebat

  • Cari pekerja yang bagus

  • Gunakan media yang betul untuk iklankan perniagaan anda

  • Ketahui segala undang-undang serta syarat-syarat perniagaan anda seperti lesen dan permit

  • Rancang sumber kewangan dan keuntungan anda. Bagaimana menghasilkan keuntungan dan darimana pendapatan anda?

  • Sentiasa beretika dalam perniagaan

Master: Paling penting, anda ada ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang selok-belok perniagaan yang ingin diceburi.

Pelaburan yang menguntungkan perniagaan





  1. Publisiti

  2. Kajian atas pelanggan

  3. Automasi / Robotik

  4. Oussourcing / Bekerjasama

  5. Simpankira (Booleeping) / Dokumentasi

  6. Latihan dan motivasi

  7. Teknologi

  8. Data jualan / Statistik perniagaan

  9. Pemasaran

  10. pembekal yang berkualiti

Master: Pelaburan di atas penting kerana ia membantu anda meningkatkan jualan, menarik pelanggan dan merancang hala tuju perniagaan anda. Carilah sedikit dana untuk pelaburan tersebut

10 Asas Perniagaan





  1. Perniagaan boleh tahan lama jika pandai menjaga pelanggan dan amalkan etika perniagaan yang betul

  2. fokus kepada strategi

  3. sentiasa membuat perancangan perniagaan (RP)

  4. laksanakan apa yang dirancang

  5. sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi dunia perniagaan

  6. guna strategi bootstrapping pada peringkat awal perniagaan

  7. aliran wang tunai lebih penting daripada keuntungan

  8. pelabur tidak melabur berdasarkan rancangan perniagaan. tetapi mereka melabur kerana percaya perniagaan tersebut memberi mereka pulangan terhadap pelaburan mereka

  9. belanja kepada sesuatu yang menghasilkan duit dan keuntungan

  10. anda tidak mampu melakukan semua perkara seorang diri. Dapatkan pertolongan

Master: Dalam dunia perniagaan yang sebenar, strategi pembangunan perniagaan amat penting yang perlu mengambilkira perkara-perkara di atas.

Rabu, 20 April 2011

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil



Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..


1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.


2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.


3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.


4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!


6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.


7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.


8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemuanya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.


9. Tiada 'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Selasa, 19 April 2011

5 Cara membuat unjuran keuntungan





  1. bandingkan unjuran keuntungan yang anda buat dengan keuntungan sebenar dalam industri

  2. bandingkan juga unjuran keuntungan yang anda buat dengan keuntungan yang dibuat oleh syarikat yang berjaya dalam industri perniagaan anda

  3. cari dalam laman web atau blog berkenaan keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat seumpama perniagaan anda

  4. minta tolong dari orang yang berpengalaman atau pekerja di syarikat pesaing anda untuk memberi pendapat tentang keuntungan yang dibuat oleh syarikat mereka

  5. anda juga boleh unjurkan keuntungan anda dalam lingkungan 5%, 10% atau 15% dari jualan anda

Master: Unjuran keuntungan yang tinggi tidak bermakna rancangan perniagaan anda bagus kerana ada kemungkinan perbelanjaan dikurangkan dan kos langsung di potong. Perkara ini boleh menjejaskan perancangan perniagaan anda.

Blog..blog..blog..


Blog..blog..blog.. apa yang perlu ada pada blog? apa yang boleh didapati pada blog? apa yang bloger perlu lakukan?. Jawapannya..



  1. membaca blog memberi banyak ilmu pengetahuan

  2. tajuk pada blog boleh menarik perhatian orang untuk membaca

  3. artikel pada blog ringkas dan padat

  4. mudah difahami walaupun kadang-kala menggunakan bahasa rojak

  5. sesetangah blog terdapat gambar dan ilustrasi yang menarik

  6. seorang bloger perlu sentiasa menulis blog mereka

  7. pembaca blog boleh memberi komen atau menyukai artikel yang dibaca

  8. boleh berkongsi artikel menggunakan Facebook, Twitter atau email

  9. sesetengah artikel dalam blog memberitahu maklumat yang tidak terdapat dalam media yang lain

  10. blog unimaster2u.blogspot.com ini hanya memberitahu maklumat serta tips-tips perniagaan. Bukannya menjual produk atau perkhidmatannya
Master: blog kami memberi tumpuan pada kategori Rancangan Perniagaan, Francais, memulakan perniagaan, nasihat, maklumbalas, kesilapan perniagaan dan sebagainya

TABUNG PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA-ISLAMIC (TPUB-i) oleh CGC

Kami ingin memanjangkan maklumat mengenai Tabung Projek Usahawan Bumiputera-Islamic (TPUB-i) oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad atau CGE iaitu sebuah agensi pelaksana dibawah Bank Negara Malaysia telah diberi mandat untuk menguruskan Tabung Projek Usahawan Bumiputera-Islamic TPUB-i dengan peruntukan berjumlah RM300 juta.Maklumatskim TPUB-i adalah seperti berikut:

1. Tujuan : Modal kerja untuk melaksanakan projek/kontrak.
2. Kriteria Kelayakan: Syarikat 100% milik bumiputera dan mempunyai kontrak dari kerajaan/agensi kerajaan/syarikat milil kerajaan (GLC)/MNC.
3. Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM3 juta untuk kali pertama dan RM5 juta kali kedua tertakluk kepada nilai kontrak, sektor dan klasifikasi syarikat.
4.Kadar keuntungan pembiayaan : 5.0% setahun untuk kali pertama dan KPA Maybank Islamic + 1.0% untuk kali kedua dan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari :http://www.iguarantee.com.my/, atau hubungi pusat khidmat pelanggan Tel : 03-7880 0088 atau Jabatan Pembangunan Bumiputera tel : 03-7806 2300.


Isnin, 18 April 2011

DANA & GERAN: Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS)




Seperti yang dimaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjemput GABEM menghadiri satu sesi taklimat GTFS pada 22 Disember 2009 di BNM. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Credit Guatantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Skim GTFS dibuka untuk pemohon IKS melalui institusi kewangan berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Sehubungan dengan itu, GABEM mengambil inisiatif untuk memanjangkan laporan tersebut kepada semua Badan-Badan Afiliasi GABEM (The RIGHTS). GABEM menasihatkan semua badan-badan afiliasi yang berkenaan supaya mengambil tindakan proaktif bagi memanfaatkan peluang-peluang pembiayaan yang disediakan di bawah skim ini.


Penjelasan lanjut berkaitan Teknologi Hijau boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Teknologi Hijau Negara (PTHN) di talian 1-800-88-4837 manakala untuk GTFS pulan boleh menghubungi Pusat Pekhidmatan Pelanggan CGC di talian 03-7880 0088.



BRIEFING ON THE NATIONAL GREEN TECHNOLOGY POLICY AND THE GREEN TECHNOLOG FINANCING SCHEME (GTFS)

Announcement of Green Technology
April 2009 - Ministry of Energy, Green Technology and Water was extablished during the Cabinet resheffle.24 July 2009 - National Green Technology Policy was launched by the Prime Minister

Definition of Green TechnologyThe development and application of products, equipment and systems used to conserve the natural enviroment and resources which minimize and reduces the negative impact of human activities.

Criteria for green technology
Minimum degradation to the enviroment
- Has zero / low green house gas emission
- Safe for use and promotes healthy and improved enviroment for all forms of life
- Conserves the use of energy and natural resources
- Promotes the use of renewable resourcesPolicy Statement
- Green Technology shall be a driver to accelerate the national economy and promote sustainable development.

Objective
- To minimize growth of energy consumption while enhancing economy development.
- Facilitate the growth of the Green Technology industry and enhance its contribution to the national economy.
- Increase national capability and capacitu for innovation in GT development and enchance competitiveness.
- To ensure sustainable development and conserve the environment for future generations
- To echance public education and awareness and encourage it widespread usa.
- The National Green Techology Policy is built of four pillars:
- Energy - seek to attain energy independence and promote efficient utilization
- Environment - conserve and minimize the impact on the on environment
- Economy - enhance the national economic development through the use of technology
- Social - improve the quality of life for all


Sector
1. Energy sector.
2. Energy supply sector - application of GT in power generation and energy supply side management.
3. Energy utilization sector - application of GT in all energy utilization sectior and in demand side management programs.
4. Building sector - contruction, management, maintenance and demolition of building.
5. Water and waste management sector - management and utilization of water resources, waste water treatment, solid waste and sanitary landfill.
6. Transportation sector - transportation infrastructure and vehicle in bio fuels and public road transport.



Master: Teknologi Hijau adalah salah satu sektor perniagaan yang mempunyai prospek berdaya maju di masa hadapan walaupun keadaan ekonomi tidak stabil

FAMA: Klinik Usahawan IKS Negeri Pahang 2011






































Pada 12 April 2011, bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan telah berlangsung Klinik Usahawan IKS Negeri Pahang 2011 yang dianjurkan oleh FAMA. Seramai lingkungan 40 usahawan IKS FAMA dalam bidang pembuatan telah hadir pada kilinik tersebut. Klinik ini bertujuan untuk membina networking dikalangan usahawan serta memberi peluang kepada usahawan IKS FAMA berjumpa dengan mentor. Antara mentor yang dijemput ialah PNS, FAMA, JAIP, IKIP, TEMAN dan POLISAS serta beberapa usahawan kiosk FAMA.


Master: Diharap klinik usahawan ini berjaya mencapai tujuan tersebut dan FAMA terus komited dalam membantu usahawannya

Panduan menentukan perniagaan yang sesuai untuk anda

Kenali apa yang anda ingini dan ketahui

  • apa pengalaman anda?

  • apa yang anda minat?

  • apakah bakat anda?

  • apakah pekerjaan anda?

Kenali orang yang sudah berjaya dalam bisnes yang bakal anda ceburi



  • bagaimana mereka berjaya dalam bisnes?

  • mengapa pelanggan memilih mereka?

  • apakah polisi dan strategi perniagaan mereka?

  • siapa pelanggan mereka?

  • bagaimana mereka menjaga pelanggan & perniagaan?

Mulakan pernigaan yang anda ingini dengan penuh semangat



  • buat rancangan perniagaan

  • buat pemasaran dengan drastik

  • jaga pelanggan dan perniagaan anda

Master: dalam menentukan perniagaan yang sesuai dengan anda, anda perlu pilih bidang perniagaan yang anda benar-benar mahir

6 Rahsia membuat laman web menarik


  1. Pelanggan inginkan masalah mereka diselesaikan. Oleh itu, pada halaman utama laman web, anda perlu fokuskan tentang apa yang bisnes anda boleh lakukan untuk membantu selesaikan masalah pelanggan

  2. Iklankan beberapa tawaran / promosi menarik pada laman web anda

  3. Design laman web yang menarik yang boleh menarik minat orang ramai

  4. Laman web memberi interpretasi pertama tentang perniagaan anda. pastikan tatabahasa dan ejaan adalah betul. Maklumat dan fakta juga mesti benar

  5. Letakkan juga beberapa testimoni atau maklumbalas pengguna yang positif dalam laman web anda. Anda juga boleh meletakkan hasil kajian berkenaan produk / perkhidmatan anda

  6. Jangan lupa pamirkan alamat, nombor telefon dan sebagainya yang membolehkan orang ramai menghubungi anda dengan mudah dan effektif

Master: Laman web juga perlulah senang untuk dicari

Bos yang baik boleh menjejaskan perniagaan




  • Bos yang baik sering membenarkan idea bernas mereka dicuri oleh orang lain

  • Bos yang baik biasanya tidak tegas. Oleh itu, ramai pekerja yang degil dan tidak mahu mengikut arahan

  • Bos yang baik tidak memberi cabaran kepada pekerja lain

  • Bos yang baik sering termakan pujukan pekerja

  • Bos yang baik sering menyelesaikan pekerjaan orang lain

  • Ramai orang akan mengambil kesempatan dan mengata jika bos mereka seorang yang baik

  • Orang akan hilang hormat terhadap bos yang baik
Master: Sebagai seorang bos yang bertanggungjawab, anda perlulah tegas terhadap pekerja dan dalam masa yang sama, turut mengambil berat hal kebajikan pekerja

Rancangan Perniagaan yang baik



  • memenuhi keperluan perniagaan

  • logik dan mampu untuk melakasanakan perancangan perniagaan anda

  • specifik dan boleh mencapai keputusan yang diingini

  • mampu untuk menentukan tugasan setiap pekerja anda

  • dapat berkomunikasi dengan baik dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan anda

  • mampu memberi komitmen terhadap tugasan

  • Rancangan perniagaan yang baik memberi 'nyawa' kepada perniagaan anda dalam menentukan hala tuju perniagaan

Master: ramai yang tidak tahu bagaimana membuat Rancangan Perniagaan dengan baik. Akhirnya, hala tuju perniagaan mereka menjadi tidak keruan.

Sifat-sifat yang ada pada Warrent Buffet yang patut dicontohi



  1. Disiplin yang tinggi.. Beliau tidak pernah melanggar etika disiplin yang beliau sendiri tetapkan

  2. Menjaga nama baik dan maruah.. Beliau begitu pandai menjaga nama baik beliau

  3. Belajar dari pengalaman.. Beliau tidak pernah memasuki universiti atau kolej yang terkemuka. Sabaliknya, beliau memulakan perniagaan beliau dengan bekerja dan belajar melalui pengalaman

  4. Berpegang teguh pada ajaran agama.. Walaupun beliau tinggal di Amerika yang majoritinya beragama Kristian, beliau tetap berpegang kepada ajaran agama Yahudi dan menjadi bangsa Yahudi yang berjaya di Amerika

  5. Menjadikan tokoh ekonomi sebagai ikon dan mentor.. Beliau telah meletakkan tokoh ekonomi, Adam Smith sebagai ikon dan mentornya

  6. Bijak, lincah dan pandai bermusyawarah

  7. Tetap meluangkan sedikit masa untuk bersantai dan beristirehat

  8. Mengukur kejayaan dengan 'cinta'.. Beliau pernah berkata: " I measure success by how many people love me. And the best way to be loved is to be lovable"

Master: itulah sifat-sifat yang ada pada Warrent Buffet sehingga beliau menjadi salah seorang yang kaya dan terpengaruh di dunia. Anda pula bagaimana?

Sabtu, 9 April 2011

5 Perkara tentang bisnes yang tidak diajar di sekolah



  1. Berurusan dengan orang

  2. Etika perniagaan

  3. Hala tuju kehidupan seperti cari pekerjaan / buat bisnes / cari pasangan hidup

  4. Menguruskan risiko

  5. Membuat keputusan yang bernas

Master : Kita hanya boleh mempelajari perkara-perkara tersebut melalui pengalaman

Bengkel dimodenkan untuk difrancaiskan



BANDUNG, 8 April (Bernama) -- Bengkel motosikal di Malaysia akan diubah wajah dan dipermodenkan menjadi pusat perkhidmatan yang lebih sistematik, cekap dan bersih melalui sistem francais, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata usaha itu akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik pihak kementerian memuktamadkan rundingan dengan syarikat pemegang francais Motor X-TRA dari Indonesia. "Permodenan bengkel-bengkel motosikal ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam transformasi bengkel-bengkel kereta dan motosikal di seluruh negara untuk menjadikan perniagaan ini lebih bersistematik dan lebih menguntungkan," katanya selepas mendengar taklimat mengenai francais Moto X-TRA di sini Jumaat. Ismail Sabri berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Kementerian Kewangan untuk menyediakan pinjaman mudah kepada para pengusaha bengkel motosikal terbabit bagi membolehkan mereka mereka memulakan francais Motor X-TRA. "Penyediaan pinjaman mudah dirasakan lebih realistik untuk mempercepatkan proses pengeluaran pinjaman melalui bank-bank yang ditetapkan, berbanding subsidi faedah yang mungkin menimbulkan masalah kepada pengusaha bengkel disebabkan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh bank," katanya. Beliau berkata pembukaan bengkel motosikal menggunakan sistem francais Motor X-TRA tidak memerlukan modal yang besar hanya dalam anggaran antara RM30,000 dan RM35,000 dan ia boleh memberi manfaat kepada para pengusaha bengkel di luar bandar dan kawasan Felda. Mengenai usaha memodernkan bengkel kereta, beliau berkata projek perintis telah dimulakan di Kuala Lumpur, namun ia memerlukan modal yang lebih besar kira-kira RM100,000. Ismail Sabri yang berada di sini untuk lawatan kerja selama tiga hari, dan pada sebelah pagi menyampaikan ucaptama pada Expo Konsep Perniagaan Francais 2011 di Graha Manggala Siliwangi di sini berkata kementeriannya mensasarkan 30 bengkel termasuk kereta dan motosikal dapat dipermodenkan menjelang akhir tahun ini. Beliau yang tertarik dengan konsep francais Motor X-TRA berkata pihaknya juga sedang menimbangkan untuk menggunakan francais berkenaan dalam latihan di Pusat Giatmara bagi melahirkan mekanik yang berkemahiran untuk bekerja di bengkel-bengkel motosikal berkonsep moden itu, sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri kemudiannya. Ismail Sabri juga berkata penglibatan Malaysia dalam ekspo francias di Indonesia telah membolehkan sejumlah 15 syarikat francais membuka perniagaan mereka di Indonesia, dengan sebahagian besar daripadanya dalam bidang makanan. Pada masa yang sama sejumlah syarikat francais Indonesia juga telah dapat membuka perniagaan mereka di Malaysia melalui penyertaan mereka dalam ekspo francais di Malaysia. -- BERNAMA


Master: setiap perniagaan sebenarnya boleh difrancaiskan kerana konsep francais sangat praktikal untuk semua jenis bidang perniagaan

Jumaat, 8 April 2011

MIHAS 2011





Bertempat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (KLCC), telah berlangsung satu pameran Halal yang terbesar iaitu MIHAS 2011. Pameran ini berlangsung selama empat hari bermula pada 6 April hingga 9 April 2011.

Pameran ini telah dihadiri oleh beberapa delegasi negara-negara luar termasuk China, Belgium, Sudan, Indonesia, Singapore dan UAE. Pameran telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dengan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Datuk Mukhriz Mahathir.


Master: Industri Halal mempunyai prospek yang meluas untuk dikembangkan di seluruh dunia dan mulai mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai

Selasa, 5 April 2011

4 Cara kukuhkan jenama



  • Cipta konsep perniagaan yang unik

  • Kaji konsep tersebut seperti:

* Samada konsep tersebut mendapat sambutan atau tidak?


* Mampukah anda bersaing dan menang dalam persaingan tersebut?


* Adakah pesaing anda menggunakan konsep perniagaan yang sama?



  • Cipta konsep perniagaan yang lain dari pesaing anda dan kukuhkan konsep dan jenama tersebut

  • Uruskan jenama anda dengan baik

Master: Pelanggan akan lebih setia pada jenama yang berkualiti, unik dan istimewa


mencari & laksanakan idea



  • Berbicara dengan pelanggan. Mungkin dari situ, anda akan dapat idea yang unik

  • Perhatikan gelagat pelanggan sekurang-kurangnya selama 1 jam dan kenali mereka

  • Buat kajian terhadap setiap idea anda

  • Berbicara dengan seseorang yang boleh membantu anda melahirkan idea yang menarik

  • Berkawan dengan seseorang yang mahir dan boleh membantu anda realisasikan idea anda

  • Hasilkan visual idea anda

  • Buat sedikit perkiraan tentang perlaksanakan idea tersebut seperti berapa kos yang terlibat dan tempoh perlaksanaan idea tersebut

  • Fikirkan pelbagai andaian yang logik yang boleh membantu anda mantapkan lagi idea tersebut

  • Buat perancangan perlaksanaan idea tersebut

Master: Fikirkan idea yang lain dari yang lain, tetapi memberi impak yang sangat mendalam


5 Tips efektif perniagaan bootstrapping


  • Bekerja dari rumah

  • Guna sumber yang murah dan percuma

  • Fokus kepada mencari duit

  • Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu sambil mengumpul dana untuk kembangkan perniagaan

  • Hanya beli barang keperluan yang perlu dan penting pada harga yang murah

Master: Ramai usahawan menggunakan kaedah bootstrapping ketika memulakan perniagaan

3 Prinsip asas jualan kepada mereka yang tak suka menjual

Bukan senang hendak menjual sesuatu produk atau perkhidmatan sekiranya produk / perkhidmatan tersebut sesuatu yang sangat asing bagi pelanggan. Dan pelanggan pula ada pelbagai ragam yang perlu dilayan. Berikut adalah 3 prinsip asas jualan yang boleh membantu anda menjual produk / perkhidmatan.

  1. Jual apa sahaja yang anda yakin dan percaya

  2. mendengar dengan lebih teliti apa yang pelanggan inginkan dan fahami keinginan mereka. Kemudian, anda tentukan samada anda mampu menjual dan memenuhi impian mereka

  3. Jika anda tidak mampu menjual seperti yang pelanggan inginkan, anda perlu perbaiki diri anda agar di masa hadapan kelak, anda mampu menjual dengan lebih baik.

Master: Berlatih dan belajar dari kesilapan

5 soalan yang perlu dijawab sebelum terjun dalam dunia perniagaan

Dunia perniagaan penuh dengan risiko dan pelbagai liku-liku yang perlu ditangani dengan bijak. Maka, sebelum anda membuat keputusan melangkah ke dalam dunia perniagaan, anda hendaklah terlenih dahulu menjawab beberapa persoalan berkenaan dunia perniagaan yang ingin anda ceburi. Antara persoalan tersebut ialah :

  • Apakah kepentingan produk / perkhidmatan anda?

  • Siapa pelanggan anda?

  • Bagaimana perniagaan anda buat duit?

  • Adakah anda punyai pengalaman atau pasukan yang kuat untuk perniagaan anda?

  • Bagaimana caranya anda mencapai maklamat anda?

Master: Idea dan konsep perniagaan yang unik juga perlu dibentuk sebelum memulakan perniagaan

Isnin, 4 April 2011

Francais: Hubungan yang baik mendatangkan hasil lumayan

Dalam perniagaan francais, sering terjadi masalah hubungan antara francaisor dan francaisi. Antaranya, francaisor tidak membantu francaisi dan francaisi tidak bayar loyalti kepada francaisor. Sebenarnya, masalah seperti ini merugikan kedua-dua pihak. Oleh itu, kedua-dua francaisi dan francaisor perlulah mengambil langkah-langkah berikut dalam menjalin hubungan yang baik.

  • menghargai setiap orang yang terlibat dalam perniagaan francais tersebut

  • layan dan hormati dengan mendengar segala pendapat dan idea demi kemajuan perniagaan francais anda

  • ketahui matlamat perniagaan francaisor serta francaisi dan bantu mereka untuk mencapai matlamat tersebut

  • jika buat silap, mengakulah kesilapan tersebut

  • galakkan dan hadiri kerja berpasukan serta perbincangan tentang hala tuju perniagaan antara francaisor dan francaisi

  • sokong dan bantu sesiapa yang sanggup untuk memperbaiki perniagaan francais anda agar lebih baik

  • sentiasa berkomunikasi terutamanya jika menghadapi masalah kritikal

  • jangan buang masa dan duit untuk selesaikan masalah francaisor dan francaisi di mahkamah. Cuba selesaikan di luar mahkamah

Master: hubungan yang baik antara francaisor dan francaisi membuatkan perniagaan berkembang dengan pesat

Francais?? apa tu?

Masih ramai lagi yang tidak memahami tentang istilah francais, francaisor dan francaisi. Secara teknikalnya, francais adalah cara atau strategi untuk mengembangkan perniagaan dan mengagihkan produk / perkhidmatan ke kawasan yang lebih luas dan pelanggan yang lebih ramai. Terdapat 2 pihak yang terlibat secara langsung dalam menguruskan sistem francais, iaitu francaisor dan francaisi. Francaisor adalah pihak yang memberi kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan janama, model dan sistem perniagaannya kepada pihak lain, iaitu francaisi. Francaisi pula adalah pihak yang membayar rotalti dan lain-lain yuran bagi menjalankan perniagaan daripada janama francaisor. Sistem francais boleh wujud dalam pelbagai bentuk industri perniagaan. Antaranya ialah:

  • Pengilang yang mempunyai hak untuk mengilangkan jenama sesuatu produk. Contoh: coca-cola

  • Pemborong yang mempunyai agen untuk mengagihkan barangan kepada peruncit. Contoh: Mydin

  • Pengagihan daripada pengilang. Contoh: Nokia

  • Francais berangkai. Contoh: McDonalds

  • Francais Perkhidmatan. Contoh: Celcom (Blue Cube)

Master: Francaisor dan francaisi perlu saling membantu untuk menghasilkan sistem francais yang lebih baik