
Sebelum memutuskan untuk meluluskan pinjaman, bank ataupun badan yang memberi pinjaman akan menilai aspek 5C, iaitu:
1. Capacity (keupayaan)
Bank / pemberi pinjaman akan melihat keupayaan perniagaan untuk membayar balik pinjaman seperti jadual yang telah ditentukan. Mereka akan melihat sejarah kewangan perniagaan. Jadi, pastikan rekod kewangan anda 'cantik'.
2. Character (prinsip & reputasi)
Bank / pemberi pinjaman akan memastikan bahawa mereka memberi pinjaman kepada perniagaan yang mempunyai reputasi yang baik. Mereka juga melihat kepakaran & pengalaman anda dalam bidang perniagaan. Selain itu, segala hutang anda turut 'dinilai'.
3. Capital (modal)
Bank / pemberi pinjaman akan melihat berapa suntikan modal anda ke dalam perniagaan. Lebih banyak modal yang disuntikkan, bermakna lebih cerah peluang untuk meluluskan pinjaman. Bagi Bank / pemberi pinjaman, suntikan modal adalah pengukur kepada dedikasi & komitmen anda terhadap perniagaan.
4. Collateral (penjamin)
Sesetengah bank / pemberi pinjaman akan melihat unsur-unsur 'keselamatan' dan jaminan yang mampu dibuat oleh anda. Ada kemungkinan, mereka akan meminta cagaran terhadap pinjaman yang akan di buat. Cagaran biasanya dalam bentuk hartanah.
5. Conditions (tujuan pinjaman)
Bank / pemberi pinjaman akan mengambil kira apakah tujuan pinjaman di buat serta trend pasaran dalam industri. Perkara ini hendaklah diceritakan dalam kertas kerja pinjaman beserta dengan fakta yang benar.
Master: untuk lebih selamat, anda perlulah menghantar kertas kerja kepada sekurang-kurangnya 3 bank & pemberi pinjaman. Anda perlu dapatkan seberapa banyak maklumat tentang kriteria memohon pinjaman.



Baru-baru ini, menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Jasin, Melaka. Berikut adalah petikan berita dari Bernama yang di ambil dari laman web KPDNKK. 
