Selasa, 5 April 2011

4 Cara kukuhkan jenama



  • Cipta konsep perniagaan yang unik

  • Kaji konsep tersebut seperti:

* Samada konsep tersebut mendapat sambutan atau tidak?


* Mampukah anda bersaing dan menang dalam persaingan tersebut?


* Adakah pesaing anda menggunakan konsep perniagaan yang sama?



  • Cipta konsep perniagaan yang lain dari pesaing anda dan kukuhkan konsep dan jenama tersebut

  • Uruskan jenama anda dengan baik

Master: Pelanggan akan lebih setia pada jenama yang berkualiti, unik dan istimewa


mencari & laksanakan idea



  • Berbicara dengan pelanggan. Mungkin dari situ, anda akan dapat idea yang unik

  • Perhatikan gelagat pelanggan sekurang-kurangnya selama 1 jam dan kenali mereka

  • Buat kajian terhadap setiap idea anda

  • Berbicara dengan seseorang yang boleh membantu anda melahirkan idea yang menarik

  • Berkawan dengan seseorang yang mahir dan boleh membantu anda realisasikan idea anda

  • Hasilkan visual idea anda

  • Buat sedikit perkiraan tentang perlaksanakan idea tersebut seperti berapa kos yang terlibat dan tempoh perlaksanaan idea tersebut

  • Fikirkan pelbagai andaian yang logik yang boleh membantu anda mantapkan lagi idea tersebut

  • Buat perancangan perlaksanaan idea tersebut

Master: Fikirkan idea yang lain dari yang lain, tetapi memberi impak yang sangat mendalam


5 Tips efektif perniagaan bootstrapping


  • Bekerja dari rumah

  • Guna sumber yang murah dan percuma

  • Fokus kepada mencari duit

  • Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu sambil mengumpul dana untuk kembangkan perniagaan

  • Hanya beli barang keperluan yang perlu dan penting pada harga yang murah

Master: Ramai usahawan menggunakan kaedah bootstrapping ketika memulakan perniagaan

3 Prinsip asas jualan kepada mereka yang tak suka menjual

Bukan senang hendak menjual sesuatu produk atau perkhidmatan sekiranya produk / perkhidmatan tersebut sesuatu yang sangat asing bagi pelanggan. Dan pelanggan pula ada pelbagai ragam yang perlu dilayan. Berikut adalah 3 prinsip asas jualan yang boleh membantu anda menjual produk / perkhidmatan.

  1. Jual apa sahaja yang anda yakin dan percaya

  2. mendengar dengan lebih teliti apa yang pelanggan inginkan dan fahami keinginan mereka. Kemudian, anda tentukan samada anda mampu menjual dan memenuhi impian mereka

  3. Jika anda tidak mampu menjual seperti yang pelanggan inginkan, anda perlu perbaiki diri anda agar di masa hadapan kelak, anda mampu menjual dengan lebih baik.

Master: Berlatih dan belajar dari kesilapan

5 soalan yang perlu dijawab sebelum terjun dalam dunia perniagaan

Dunia perniagaan penuh dengan risiko dan pelbagai liku-liku yang perlu ditangani dengan bijak. Maka, sebelum anda membuat keputusan melangkah ke dalam dunia perniagaan, anda hendaklah terlenih dahulu menjawab beberapa persoalan berkenaan dunia perniagaan yang ingin anda ceburi. Antara persoalan tersebut ialah :

  • Apakah kepentingan produk / perkhidmatan anda?

  • Siapa pelanggan anda?

  • Bagaimana perniagaan anda buat duit?

  • Adakah anda punyai pengalaman atau pasukan yang kuat untuk perniagaan anda?

  • Bagaimana caranya anda mencapai maklamat anda?

Master: Idea dan konsep perniagaan yang unik juga perlu dibentuk sebelum memulakan perniagaan

Isnin, 4 April 2011

Francais: Hubungan yang baik mendatangkan hasil lumayan

Dalam perniagaan francais, sering terjadi masalah hubungan antara francaisor dan francaisi. Antaranya, francaisor tidak membantu francaisi dan francaisi tidak bayar loyalti kepada francaisor. Sebenarnya, masalah seperti ini merugikan kedua-dua pihak. Oleh itu, kedua-dua francaisi dan francaisor perlulah mengambil langkah-langkah berikut dalam menjalin hubungan yang baik.

  • menghargai setiap orang yang terlibat dalam perniagaan francais tersebut

  • layan dan hormati dengan mendengar segala pendapat dan idea demi kemajuan perniagaan francais anda

  • ketahui matlamat perniagaan francaisor serta francaisi dan bantu mereka untuk mencapai matlamat tersebut

  • jika buat silap, mengakulah kesilapan tersebut

  • galakkan dan hadiri kerja berpasukan serta perbincangan tentang hala tuju perniagaan antara francaisor dan francaisi

  • sokong dan bantu sesiapa yang sanggup untuk memperbaiki perniagaan francais anda agar lebih baik

  • sentiasa berkomunikasi terutamanya jika menghadapi masalah kritikal

  • jangan buang masa dan duit untuk selesaikan masalah francaisor dan francaisi di mahkamah. Cuba selesaikan di luar mahkamah

Master: hubungan yang baik antara francaisor dan francaisi membuatkan perniagaan berkembang dengan pesat

Francais?? apa tu?

Masih ramai lagi yang tidak memahami tentang istilah francais, francaisor dan francaisi. Secara teknikalnya, francais adalah cara atau strategi untuk mengembangkan perniagaan dan mengagihkan produk / perkhidmatan ke kawasan yang lebih luas dan pelanggan yang lebih ramai. Terdapat 2 pihak yang terlibat secara langsung dalam menguruskan sistem francais, iaitu francaisor dan francaisi. Francaisor adalah pihak yang memberi kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan janama, model dan sistem perniagaannya kepada pihak lain, iaitu francaisi. Francaisi pula adalah pihak yang membayar rotalti dan lain-lain yuran bagi menjalankan perniagaan daripada janama francaisor. Sistem francais boleh wujud dalam pelbagai bentuk industri perniagaan. Antaranya ialah:

  • Pengilang yang mempunyai hak untuk mengilangkan jenama sesuatu produk. Contoh: coca-cola

  • Pemborong yang mempunyai agen untuk mengagihkan barangan kepada peruncit. Contoh: Mydin

  • Pengagihan daripada pengilang. Contoh: Nokia

  • Francais berangkai. Contoh: McDonalds

  • Francais Perkhidmatan. Contoh: Celcom (Blue Cube)

Master: Francaisor dan francaisi perlu saling membantu untuk menghasilkan sistem francais yang lebih baik