- Pelanggan inginkan masalah mereka diselesaikan. Oleh itu, pada halaman utama laman web, anda perlu fokuskan tentang apa yang bisnes anda boleh lakukan untuk membantu selesaikan masalah pelanggan
- Iklankan beberapa tawaran / promosi menarik pada laman web anda
- Design laman web yang menarik yang boleh menarik minat orang ramai
- Laman web memberi interpretasi pertama tentang perniagaan anda. pastikan tatabahasa dan ejaan adalah betul. Maklumat dan fakta juga mesti benar
- Letakkan juga beberapa testimoni atau maklumbalas pengguna yang positif dalam laman web anda. Anda juga boleh meletakkan hasil kajian berkenaan produk / perkhidmatan anda
- Jangan lupa pamirkan alamat, nombor telefon dan sebagainya yang membolehkan orang ramai menghubungi anda dengan mudah dan effektif
Isnin, 18 April 2011
6 Rahsia membuat laman web menarik
Bos yang baik boleh menjejaskan perniagaan
- Bos yang baik sering membenarkan idea bernas mereka dicuri oleh orang lain
- Bos yang baik biasanya tidak tegas. Oleh itu, ramai pekerja yang degil dan tidak mahu mengikut arahan
- Bos yang baik tidak memberi cabaran kepada pekerja lain
- Bos yang baik sering termakan pujukan pekerja
- Bos yang baik sering menyelesaikan pekerjaan orang lain
- Ramai orang akan mengambil kesempatan dan mengata jika bos mereka seorang yang baik
- Orang akan hilang hormat terhadap bos yang baik
Rancangan Perniagaan yang baik
- memenuhi keperluan perniagaan
- logik dan mampu untuk melakasanakan perancangan perniagaan anda
- specifik dan boleh mencapai keputusan yang diingini
- mampu untuk menentukan tugasan setiap pekerja anda
- dapat berkomunikasi dengan baik dengan mereka yang terlibat dalam perniagaan anda
- mampu memberi komitmen terhadap tugasan
- Rancangan perniagaan yang baik memberi 'nyawa' kepada perniagaan anda dalam menentukan hala tuju perniagaan
Master: ramai yang tidak tahu bagaimana membuat Rancangan Perniagaan dengan baik. Akhirnya, hala tuju perniagaan mereka menjadi tidak keruan.
Sifat-sifat yang ada pada Warrent Buffet yang patut dicontohi
- Disiplin yang tinggi.. Beliau tidak pernah melanggar etika disiplin yang beliau sendiri tetapkan
- Menjaga nama baik dan maruah.. Beliau begitu pandai menjaga nama baik beliau
- Belajar dari pengalaman.. Beliau tidak pernah memasuki universiti atau kolej yang terkemuka. Sabaliknya, beliau memulakan perniagaan beliau dengan bekerja dan belajar melalui pengalaman
- Berpegang teguh pada ajaran agama.. Walaupun beliau tinggal di Amerika yang majoritinya beragama Kristian, beliau tetap berpegang kepada ajaran agama Yahudi dan menjadi bangsa Yahudi yang berjaya di Amerika
- Menjadikan tokoh ekonomi sebagai ikon dan mentor.. Beliau telah meletakkan tokoh ekonomi, Adam Smith sebagai ikon dan mentornya
- Bijak, lincah dan pandai bermusyawarah
- Tetap meluangkan sedikit masa untuk bersantai dan beristirehat
- Mengukur kejayaan dengan 'cinta'.. Beliau pernah berkata: " I measure success by how many people love me. And the best way to be loved is to be lovable"
Master: itulah sifat-sifat yang ada pada Warrent Buffet sehingga beliau menjadi salah seorang yang kaya dan terpengaruh di dunia. Anda pula bagaimana?
Sabtu, 9 April 2011
5 Perkara tentang bisnes yang tidak diajar di sekolah
Bengkel dimodenkan untuk difrancaiskan
BANDUNG, 8 April (Bernama) -- Bengkel motosikal di Malaysia akan diubah wajah dan dipermodenkan menjadi pusat perkhidmatan yang lebih sistematik, cekap dan bersih melalui sistem francais, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata usaha itu akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik pihak kementerian memuktamadkan rundingan dengan syarikat pemegang francais Motor X-TRA dari Indonesia. "Permodenan bengkel-bengkel motosikal ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam transformasi bengkel-bengkel kereta dan motosikal di seluruh negara untuk menjadikan perniagaan ini lebih bersistematik dan lebih menguntungkan," katanya selepas mendengar taklimat mengenai francais Moto X-TRA di sini Jumaat. Ismail Sabri berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Kementerian Kewangan untuk menyediakan pinjaman mudah kepada para pengusaha bengkel motosikal terbabit bagi membolehkan mereka mereka memulakan francais Motor X-TRA. "Penyediaan pinjaman mudah dirasakan lebih realistik untuk mempercepatkan proses pengeluaran pinjaman melalui bank-bank yang ditetapkan, berbanding subsidi faedah yang mungkin menimbulkan masalah kepada pengusaha bengkel disebabkan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh bank," katanya. Beliau berkata pembukaan bengkel motosikal menggunakan sistem francais Motor X-TRA tidak memerlukan modal yang besar hanya dalam anggaran antara RM30,000 dan RM35,000 dan ia boleh memberi manfaat kepada para pengusaha bengkel di luar bandar dan kawasan Felda. Mengenai usaha memodernkan bengkel kereta, beliau berkata projek perintis telah dimulakan di Kuala Lumpur, namun ia memerlukan modal yang lebih besar kira-kira RM100,000. Ismail Sabri yang berada di sini untuk lawatan kerja selama tiga hari, dan pada sebelah pagi menyampaikan ucaptama pada Expo Konsep Perniagaan Francais 2011 di Graha Manggala Siliwangi di sini berkata kementeriannya mensasarkan 30 bengkel termasuk kereta dan motosikal dapat dipermodenkan menjelang akhir tahun ini. Beliau yang tertarik dengan konsep francais Motor X-TRA berkata pihaknya juga sedang menimbangkan untuk menggunakan francais berkenaan dalam latihan di Pusat Giatmara bagi melahirkan mekanik yang berkemahiran untuk bekerja di bengkel-bengkel motosikal berkonsep moden itu, sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri kemudiannya. Ismail Sabri juga berkata penglibatan Malaysia dalam ekspo francias di Indonesia telah membolehkan sejumlah 15 syarikat francais membuka perniagaan mereka di Indonesia, dengan sebahagian besar daripadanya dalam bidang makanan. Pada masa yang sama sejumlah syarikat francais Indonesia juga telah dapat membuka perniagaan mereka di Malaysia melalui penyertaan mereka dalam ekspo francais di Malaysia. -- BERNAMA
Master: setiap perniagaan sebenarnya boleh difrancaiskan kerana konsep francais sangat praktikal untuk semua jenis bidang perniagaan
Jumaat, 8 April 2011
MIHAS 2011
Pameran ini telah dihadiri oleh beberapa delegasi negara-negara luar termasuk China, Belgium, Sudan, Indonesia, Singapore dan UAE. Pameran telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dengan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Datuk Mukhriz Mahathir.
Master: Industri Halal mempunyai prospek yang meluas untuk dikembangkan di seluruh dunia dan mulai mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai
Langgan:
Catatan (Atom)

