Sememangnya sukar untuk mencari opis yang sesuai dengan bisnes yang kita buat. Nak cari opis yang 'sempurna', kosnya mahal. Ada sesetengah usahawan punyai opis. Tetapi tidak mengoptimumkan penggunaan opis. Artikel ini menyatakan tempat yang sesuai untuk dijadikan 'opis'..
1. Rumahku, opisku..
Kos: percuma
Jangan lupa: dapatkan mandat dari pasangan
Sesuai untuk : kerja-kerja ringan, menjawap panggilan telefon
Elakkan jika: ada kanak-kanak yang nakal dan jiran-jiran yang cerewet
2. Tempat Riadah, opisku..
Kos: percuma
Jangan lupa : laptop, broadband
Sesuai untuk: email, tenangkan fikiran, cari idea
Elakkan jika: cuaca tak elok, buat kerja yang serius
3. Kedai Makan / cafe, opisku..
Kos: rendah
Jangan lupa : order sedikit makanan dan minuman
sesuai untuk : bersembang dengan pelanggan
Elakkan jika : anda perlu beri tumpuan penuh pada kerja
4. Pusat Sumber, opisku..
Kos: percuma
Jangan lupa : telefon bimbit disenyapkan
sesuai untuk : mencari bahan bacaan & menulis
elakkan jika : bercakap, termasuklah bercakap di telefon
5. Tumpang opis memberku
Kos: rendah
jangan lupa : tempah tempat awal-awal
Sesuai untuk : buat kerja-kerja opis
Elakkan jika : anda perlukan privacy
6. Opisku sendiri
Kos : mahal
Jangan lupa : balik ke rumah
Sesuai untuk : jumpa pelanggan, berbincang, buat pelbagai kerja opis
Elakkan jika : anda inginkan ketenangan
Master : Se-eloknya, hendaklah ada opis sendiri supaya senang untuk berurusan dan membuat pinjaman bank / institusi kewangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan