![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjCQPBZQg5QJpOdNjBZb9PgYGZJxPj6yp0IhH6NPWfAxpCHsx0NlyJ0AUDFfuTlHfoKgSPiKBCOO01lI5JdDFEtVRbG1lZHi4TnNvrkq3P9e2YBG-k8vJdw6UHUynYRUzHmTOwlHNEqw/s200/shake_weight_3_bkt_4896.jpg)
Langit tak selalu cerah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh setiap usahawan untuk berjaya. Risiko gagal tetap ada. Oleh yang demikian, disenaraikan beberapa hakikat & kenyataan yang perlu diawasi oleh setiap usahawan.
- Tiada jalan mudah untuk mendapatkan projek serta menjual produk / perkhidmatan anda.
- Sesetengah pelanggan boleh mengecewakan anda.
- Walau siapa pun anda, anda tetap tidak mampu untuk mengendalikan kesemua tugasan seorang diri.
- Tiada kejayaan yang boleh dicapai dalam masa 1 hari.
- Tidak mudah untuk mewujudkan kerjasama berkumpulan serta melahirkan satu kumpulan yang mantap dengan satu tujuan yang sama.
- Menangani faktor-faktor di luar kawalan seperti faktor ekonomi, dasar kerajaan dan bencana alam.
Master: Usahawan hendaklah bijak, tabah dan kreatif dalam mengendalikan perniagaan mereka. Terdapat pelbagai teknik yang boleh membantu anda mengurangkan risiko kegagalan dalam dunia perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan