Isnin, 14 Februari 2011

Cara Menangani komplain Pelanggan



Pelanggan sentiasa betul.. okay. Sekarang kita pegang motto tersebut. Tetapi hari ini, cara menjaga pelanggan merangkumi aspek yang lebih mendalam lagi. Hari ini khidmat pelanggan adalah sesuatu yang tidak boleh kita persendakan: ia mestilah telus, jujur dan khusus kepada permasaalahan pelanggan.

Berikut adalah beberapa cara menangani complaint pelanggan agar pelanggan lebih gembira dan perniagaan anda bertambah maju:

  1. Jangan terlalu terikat dengan terma dan syarat polisi perniagaan anda. Berikanlah sedikit ruang kepada pelanggan agar perbincangan boleh diadakan untuk membantu selesaikan masalah pelanggan.
  2. Jangan memberi terlalu banyak pilihan kepada pelanggan.
  3. Sentiasa menjaga dan mengawasi reputasi anda termasuk dalam internet.
  4. Senyum dan sentiasa mendengar complaint pelanggan.
  5. Dapatkan seberapa banyak maklum balas (feedback) dari pelanggan
  6. Bertenang dan beranggapan baik dengan pelanggan.
  7. Jangan takut berbelanja lebih untuk puaskan hati pelanggan.
  8. Fokus kepada situasi dan permasaalahan yang dihadapi oleh pelanggan dan selesaikannya.

Master: Komplain pelanggan sebenarnya membantu anda meningkatkan kualiti produk & perkhidmatan dan memberi yang terbaik kepada pelanggan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan