Jumaat, 11 Februari 2011

Membina Jenama

Banyak faktor yang perlu dijaga apabila berniaga. Bermula dengan menghasilkan produk/perkhidmatan bermutu, sehinggalah kepada kewangan yang mantap. Namun, membina jenama merupakan kunci kejayaan jangka panjang yang amat penting. Untuk membina jenama, kita perlu faham apa itu jenama, bagaimana perniagaan mendekatkan diri dengan orang ramai serta perhubungan & komunikasi dengan pelanggan / bakal pelanggan.

Oleh itu, jenama merupakan satu 'set' persekitaran yang terdapat di sekeliling produk/perkhidmatan. Jenama tidak boleh dilihat dalam bentuk fizikal, tetapi jenama merupakan sebahagian daripada produk/perkhidmatan. Pemasaran pula menceritakan tentang jenama.

Membina jenama adalah seperti membuat pelanggan jatuh cinta dengan kita. Pikat pelanggan agar mereka terus jatuh cinta dengan produk/perkhidmatan kita. Sentiasa berada dekat di hati pelanggan.

Kebiasaannya, pelanggan membuat keputusan melalui model: Think>Do>Feel (fikir>bertindak>merasai pengalaman). Dalam membina jenama, model yang terbaik ialah: Feel>Do>Think (emosi pelanggan tersentuh>bertindak>berfikir). Kebanyakan iklan mulai memasukkan unsur-unsur kemanusiaan untuk menyentuh emosi orang ramai.

Master: Binalah jenama dengan mendekatkan emosi pelanggan, guna pakai teknik pemasaran yang sesuai & sepadan dengan objektif perniagaan dan berhubungan terus dengan pelanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan