Rabu, 27 April 2011

10 soalan yang perlu diungkai mengenai perkongsian



  1. apakah peranan dan tugas setiap rakan kongsi?

  2. apakah syarat-syarat pembubaran? bagaimana bahagikan untung dan rugi?bagaimanakah bayaran gaji dan insentif dilakukan?

  3. bagaimana proses membuat keputusan dilakukan?

  4. apakah nilai-nilai diri yang ada pada pekongsi?

  5. berapa banyak masa yang dihabiskan oleh setiap terhadap perniagaan?

  6. bagaimana komunikasi dilakukan?

  7. berapakah hutang dan tanggungan yang ditanggung setiap pekongsi?

  8. ke mana hala tuju perniagaan anda dalam tempoh lima, sepuluh atau dua puluh tahun akan datang?

  9. siasat tentang latar belakang perniagaan pekongsi anda

  10. siapa yang bertanggungjawab ke atas perniagaan anda?



Pemasaran cara Donald Trump




  1. beliau mencipta jenamanya sendiri

  2. suka dengan perniagaan yang dilakukannya dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh

  3. sentiasa berazam merealisasikan impiannya

  4. dalam ucapannya, beliau suka bercerita tentang pengalaman yang dilaluinya

  5. sentiasa bekerja dan mencari publisiti dalam membina jenama sendiri



3 Langkah untuk mendapatkan pertolongan



Memang susah untuk mendapatkan pertolongan dan anda mungkin memerlukan pertolongan kerana anda tidak mampu untuk menjalankan perniagaan keseorangan. Berikut adalah 3 langkah mudah untuk mendapatkan pertolongan yang anda ingini.



  1. Tanya dan cari agensi, orang perseorangan, rakan niaga, sahabat dan keluarga. Ceritakan masalah anda dengan terperinci. Siapa tahu jika ada antara mereka boleh membantu anda. Biasanya, agensi-agensi kerajaan ada peruntukan dalam membantu para usahawan.

  2. Bantu permudahkan urusan orang untuk membantu anda. Fokus kepada satu perkara dan selesaikan masalah satu per satu. Jangan buat orang yang ingin membantu anda merasakan begitu rumit untuk membantu selesaikan masalah anda.

  3. Jangan tamak Tetapi, hendaklah berhati-hati. Tidak ramai yang sanggup membantu dengan ikhlas. Sekurangnya, mereka pasti inginkan imbuhan di atas pertolongan yang di beri. Kenal pasti sekiranya anda mampu untuk memberikan imbuhan tersebut.

Selasa, 26 April 2011

Karnival Usahawan Pahang 2011



Pada 23 dan 24 April 2011, telah berlangsung Karnival Usahawan Pahang 2011 di Pekan. Karnival ini betujuan untuk membantu para usahawan mencari pendapatan, membuat jalinan perniagaan, menghadiri klinik usahawan, seminar dan galeri bergerak. Seramai 160 usahawan telah dipanggil untuk mengambil bahagian dalam jualan di karnival tersebut. Panel jemputan pula terdiri daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam membangunkan usahawan IKS. Panel-panel jemputan tersebut ialah:



  • MATRADE

  • SME Corp

  • SME bank

  • MIDF

  • HDC

  • SIRIM QAS International

  • PUNB

  • AIM

  • TEKUN

  • MARA

  • BNM

  • BSN

  • Bank Rakyat

  • MTDC

Tokoh usahawan yang terpilih pada karnival ini ialah Tuan Haji Herman Bin Darwis yang merupakan seorang peruncit yang berjaya di Pahang dan Johor. Beliau mempunyai enam buah rangkaian hypermarket di Pahang dan juga Johor. Hypermarket tersebut ialah Terus Maju Sdn Bhd.



































10 Pengajaran daripada bootstrapping





  1. buat banyak kesalahan dan belajar daripadanya

  2. buat apa yang disukai dan apa yang pasaran suka

  3. jual produk / perkhidmatan yang mampu dibeli

  4. sentiasa merancang

  5. gunapakai segala dana kewangan yang ada

  6. sebahagian daripada pendapatan hendaklah digunakan untuk memajukan perniagaan

  7. fokus kepada aliran tunai dahulu sebelum memikirkan cara memajukan perniagaan

  8. fikir cara memajukan perniagaan dahulu sebelum memikirkan cara mendapat keuntungan

  9. berhati-hati dalam mencari pekerja

  10. lakukan perniagaan demi keluarga pekerja anda dan juga diri anda

Sebelum memulakan perniagaan





  • Cari keperluann pasaran dan penuhi keperluan tersebut

  • punyai dana kewangan yang mencukupi

  • Buat Rancangan Perniagaan

  • Lakukan kajian pasaran

  • Bina satu kumpulan pekerja yang hebat

  • Cari pekerja yang bagus

  • Gunakan media yang betul untuk iklankan perniagaan anda

  • Ketahui segala undang-undang serta syarat-syarat perniagaan anda seperti lesen dan permit

  • Rancang sumber kewangan dan keuntungan anda. Bagaimana menghasilkan keuntungan dan darimana pendapatan anda?

  • Sentiasa beretika dalam perniagaan

Master: Paling penting, anda ada ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang selok-belok perniagaan yang ingin diceburi.

Pelaburan yang menguntungkan perniagaan





  1. Publisiti

  2. Kajian atas pelanggan

  3. Automasi / Robotik

  4. Oussourcing / Bekerjasama

  5. Simpankira (Booleeping) / Dokumentasi

  6. Latihan dan motivasi

  7. Teknologi

  8. Data jualan / Statistik perniagaan

  9. Pemasaran

  10. pembekal yang berkualiti

Master: Pelaburan di atas penting kerana ia membantu anda meningkatkan jualan, menarik pelanggan dan merancang hala tuju perniagaan anda. Carilah sedikit dana untuk pelaburan tersebut