Selasa, 3 Ogos 2010

Francais: Membeli Pengalaman


Francais adalah cara dimana kita memulakan perniagaan dengan menggunakan pengalaman dan latihan yang disediakan oleh francaisor. Contoh francais ialah McDonalds dan 7Eleven. Kebiasaannya, proses francais adalah seperti berikut:


  1. Anda tentukan jenis bisnes yang anda inginkan

  2. Kenalpasti idea bisnes yang sesuai dengan anda

  3. Mencari francaisor yang mempunyai konsep perniagaan yang baik serta melahirkan francaisi yang berjaya (sekurang-kurangnya 5 francaisi berjaya)

  4. Membeli hak francais untuk menjadi francaisi berdasarkan prosedur, perjanjian francais serta beberapa bayaran permulaan seperti yuran francais.

Francais membantu anda mengurangkan risiko mencuba nasib dalam memulakan perniagaan. Francaisor yang berjaya amat mengetahui selok-belok perniagaannya dan membantu anda untuk berjaya.


Francais: perniagaan yang mencipta operasi dan konsep perniagaan yang berjaya dan menjual hak-hak tersebut ke kawasan-kawasan yang tertentu.


Francaisi: pembeli hak-hak francais


Francaisor: penjual hak-hak francais


Master: cari francaisor yang boleh membantu anda dalam selok-belok perniagaan. Terlalu banyak kes berlaku dimana francaisor 'lepas tangan' setelah francaisi membayar segala keperluan yang diminta oleh francaisor. Ada juga francaisor yang tidak membantu francaisi ketika francaisi mengalami masalah dalam perniagaan. Akibatnya, francaisi mengalami kerugian, kegagalan dalam perniagaan dan ada yang bankrupt jika tak dapat membayar hutang. Tetapi, francaisor mendapat keuntungan berganda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan