Rabu, 27 April 2011

3 Langkah untuk mendapatkan pertolongan



Memang susah untuk mendapatkan pertolongan dan anda mungkin memerlukan pertolongan kerana anda tidak mampu untuk menjalankan perniagaan keseorangan. Berikut adalah 3 langkah mudah untuk mendapatkan pertolongan yang anda ingini.



  1. Tanya dan cari agensi, orang perseorangan, rakan niaga, sahabat dan keluarga. Ceritakan masalah anda dengan terperinci. Siapa tahu jika ada antara mereka boleh membantu anda. Biasanya, agensi-agensi kerajaan ada peruntukan dalam membantu para usahawan.

  2. Bantu permudahkan urusan orang untuk membantu anda. Fokus kepada satu perkara dan selesaikan masalah satu per satu. Jangan buat orang yang ingin membantu anda merasakan begitu rumit untuk membantu selesaikan masalah anda.

  3. Jangan tamak Tetapi, hendaklah berhati-hati. Tidak ramai yang sanggup membantu dengan ikhlas. Sekurangnya, mereka pasti inginkan imbuhan di atas pertolongan yang di beri. Kenal pasti sekiranya anda mampu untuk memberikan imbuhan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan