Isnin, 4 April 2011

Francais?? apa tu?

Masih ramai lagi yang tidak memahami tentang istilah francais, francaisor dan francaisi. Secara teknikalnya, francais adalah cara atau strategi untuk mengembangkan perniagaan dan mengagihkan produk / perkhidmatan ke kawasan yang lebih luas dan pelanggan yang lebih ramai. Terdapat 2 pihak yang terlibat secara langsung dalam menguruskan sistem francais, iaitu francaisor dan francaisi. Francaisor adalah pihak yang memberi kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan janama, model dan sistem perniagaannya kepada pihak lain, iaitu francaisi. Francaisi pula adalah pihak yang membayar rotalti dan lain-lain yuran bagi menjalankan perniagaan daripada janama francaisor. Sistem francais boleh wujud dalam pelbagai bentuk industri perniagaan. Antaranya ialah:

  • Pengilang yang mempunyai hak untuk mengilangkan jenama sesuatu produk. Contoh: coca-cola

  • Pemborong yang mempunyai agen untuk mengagihkan barangan kepada peruncit. Contoh: Mydin

  • Pengagihan daripada pengilang. Contoh: Nokia

  • Francais berangkai. Contoh: McDonalds

  • Francais Perkhidmatan. Contoh: Celcom (Blue Cube)

Master: Francaisor dan francaisi perlu saling membantu untuk menghasilkan sistem francais yang lebih baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan