Isnin, 4 April 2011

Francais: Hubungan yang baik mendatangkan hasil lumayan

Dalam perniagaan francais, sering terjadi masalah hubungan antara francaisor dan francaisi. Antaranya, francaisor tidak membantu francaisi dan francaisi tidak bayar loyalti kepada francaisor. Sebenarnya, masalah seperti ini merugikan kedua-dua pihak. Oleh itu, kedua-dua francaisi dan francaisor perlulah mengambil langkah-langkah berikut dalam menjalin hubungan yang baik.

  • menghargai setiap orang yang terlibat dalam perniagaan francais tersebut

  • layan dan hormati dengan mendengar segala pendapat dan idea demi kemajuan perniagaan francais anda

  • ketahui matlamat perniagaan francaisor serta francaisi dan bantu mereka untuk mencapai matlamat tersebut

  • jika buat silap, mengakulah kesilapan tersebut

  • galakkan dan hadiri kerja berpasukan serta perbincangan tentang hala tuju perniagaan antara francaisor dan francaisi

  • sokong dan bantu sesiapa yang sanggup untuk memperbaiki perniagaan francais anda agar lebih baik

  • sentiasa berkomunikasi terutamanya jika menghadapi masalah kritikal

  • jangan buang masa dan duit untuk selesaikan masalah francaisor dan francaisi di mahkamah. Cuba selesaikan di luar mahkamah

Master: hubungan yang baik antara francaisor dan francaisi membuatkan perniagaan berkembang dengan pesat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan