Jumaat, 4 Mac 2011

PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT

Baru-baru ini, menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Jasin, Melaka. Berikut adalah petikan berita dari Bernama yang di ambil dari laman web KPDNKK.
JASIN, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan kedai runcit yang menyertai program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) tidak akan menjual barangan pada harga melebihi harga pasaran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun kedai runcit terbabit sudah berwajah baru serba moden dengan susun atur barangan yang kemas, ianya juga boleh menawarkan harga jualan yang murah kerana mereka memperoleh bekalan barang daripada pembekal pada harga rendah. Bercakap kepada pemberita selepas melawat kedai runcit Maznah Gemilang Enterprise di Taman Merlimau Utara, Merlimau dekat sini, Khamis, beliau berkata kementerian menyasarkan sebanyak 500 kedai runcit di seluruh negara terlibat dalam program itu pada tahun ini. Setakat ini, dua buah kedai runcit di Merlimau dan sebuah di Temerloh, Pahang sudah siap ditransformasikan dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) selaku konsultan dalam program itu manakala di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terdapat tiga buah. Pada tahun ini, Mydin memberi komitmen untuk membantu membangunkan 100 kedai runcit, diikuti pasar raya Carrefour Malaysia (400 buah), Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (150 buah) dan SKM (100 buah). Setakat ini terdapat 50,000 kedai runcit di seluruh negara dan kementerian mensasarkan 5,000 daripadanya akan terlibat dalam program TUKAR menjelang tahun 2020. "Buat masa ini kedai-kedai runcit tidak terurus dari segi susun atur barangan, pengurusan yang dilakukan secara tradisional dan tidak profesional. Dengan kemasukan pelabur asing yang membawa konsep peruncitan cara moden, jika kedai-kedai runcit ini tidak di TUKAR, ianya akan menghadapi masalah persaingan dengan kedai runcit moden itu," katanya. Ismail Sabri berkata konsultan terbabit juga membantu melatih peniaga mengamalkan pengurusan perniagaan yang moden dan cekap sekaligus dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pemilik Maznah Gemilang Enterprise, Mahmud Mohamed, 47, berkata sejak beroperasi dengan imej baru itu pada 15 Feb lepas, pelanggan bertambah ramai manakala jumlah jualan harian melonjak daripada RM4,000 kepada RM5,200. "Kita jual ikut harga pasaran semasa malah sesetengah barangan dijual pada harga lebih murah kerana pembekal memberi kami harga rendah," katanya. Pemilik Pasar Mini Baru Merlimau, J.Francisca, 44, berkata beliau amat menghargai bantuan kerajaan dalam memajukan kedai runcit yang diusahakan beliau dan mendiang bapanya sejak tujuh tahun lalu. "Jualan harian sudah meningkat daripada RM1,900 kepada RM3,000. Ini kerana pelanggan lebih suka membeli dalam suasana yang lebih selesa. "Ada pelanggan yang tanya dia sudah salah masuk kedai ka, sudah banyak berubah, nampak macam pasar raya," katanya. -- BERNAMA
Master: Program TUKAR lebih memfokuskan kepada keselesaan pelanggan ketika membeli belah

1 ulasan:

  1. Casino of the Day | Best Air Jordan 11 Retro
    Casino where to buy air jordan 18 retro varsity red of the Day. With 40 of the newest releases, air jordan 18 retro racer blue to me including 웹툰사이트 an amazing selection where can i buy air jordan 18 retro of exclusive casino games and exclusive where to get air jordan 18 stockx bonuses from the best

    BalasPadam